Naratif Isham Jalil tunjukkan UMNO tidak sihat – Shahril

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kelantangan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil menyeru agar Umno bertanding solo meninggalkan Pakatan Harapan (PH) membawa naraftif bahawa parti Melayu itu dalam keadaan tidak sihat sekali gus menjadi pencetus kepada mengembalikan figura Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan berkata, mengenali Umno sebelum ini beliau akui ada kelompok dalam Umno akan mencetuskan tekanan dalaman bagi menyuarakan ketidakpuasan hati kepada kepimpinan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Isham cadangkan bagi mengatasi peralihan sokongan Melayu kepada Perikatan Nasional (PN) maka Umno perlu tanding solo ia seolah-olah menggambarkan ini suara daripada kem Najib malah tidak keterlaluan jika ini mencetuskan return of Bossku.

“Pendirian Isham ini bukan kebetulan, kerana memahami situasi politik dalam Umno lazimnya wujud tekanan yang diberikan. Maksudnya akan ada kelompok dalam Umno yang akan ikut saja gerakan mahu memesrakan lebih rapat lagi antara Umno dengan PH yakni kelompok majoriti MKT iaitu kelompok Presiden Umno.

“Bagaimanapun suara Isham membawa naratif berbeza iaitu tekankan Umno is not doing well dan mungkin pencetus untuk ada orang lain balik (Najib). Isham gambarkan Umno tak sihat lagi,” katanya dalam podcast Keluar Sekejap yang dimuat naik pada Rabu.

Susulan itu Shahril menegaskan kemenangan PH-BN di PRK Simpang Jeram dan Pulai tidak boleh dijadikan penanda aras kepada sokongan pengundi kepada Umno telah pulih kerana kerusi itu dimenangi oleh Amanah bukan Umno.

Justeru, beliau menyimpan komentar apabila selesainya PRK DUN Pelangai bulan depan.

“Bukti peralihan undi akar umbi tak beri naratif asas kepada kem Presiden.

“Calon yang menang calon adalah Amanah bukan Umno.

“Pelangai kalau dipertahan mungkin kem Presiden boleh guna bahawa Umno telah bangkit,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat