KJ akui pendirian Isham wakili suara majoriti akar umbi Umno

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengesahkan pendirian Isham Jalil mewakili perasaan majoriti akar umbi Umno.

Menurut Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau itu menempelak Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang kini disifatkan sudah menjadi jurucakap Umno.

“Hebat Setiausaha Agung DAP sekarang dah boleh cakap bagi pihak Umno.

“Sedangkan pandangan Isham Jalil itu saya rasa mewakili perasaan majoriti akar umbi parti Umno,” tegas Khairy dalam hantaran di Facebooknya.

Tambah beliau lagi, nanti akan ada yang komen, “KJ tahu apa, dia bukan ahli Umno pun.

“Ya, Setiausaha Agung DAP lebih tahu pandangan orang Umno berbanding saya dan Isham Jalil,” bidas Khairy.

Susulan reaksi itu, Isham mengucapkan terima kasih kepada Khairy.

“Terima kasih KJ,” ucap beliau ringkas.

Sebelum itu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menyifatkan cadangan supaya Umno bertanding sendiri dalam pilihan raya tanpa Pakatan Harapan (PH) hanyalah pendapat peribadi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil.

Anthony Loke yang juga Menteri Pengangkutan berkata, cadangan Isham itu bukanlah pendirian rasmi parti berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat