Wajib Hadapi PRU15 Dengan Perpaduan – Hadi Awang

- Advertisement -

CYBERJAYA: PAS wajib menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dengan usaha perpaduan yang sedang dibina hari ini, kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi mengingatkan ahli PAS agar mengelakkan sebarang perpecahan bagi menghadapi pilihan raya kali ini supaya tidak memberi keuntungan kepada pihak lain).

“Sekarang kita sudah tangkap ayam yang makan beras padi yang tumpah dahulu, maka jangan diulang lagi dalam PRU15 sehingga ayam pula terlepas, tangan pula berbau tahi.

“Mari sama kita berakit, kita sambut datang membeli, teguh bersatu laksana bukit, anjing menyalak jangan dipeduli.

“Semestinya menjadi suatu kewajipan, perpaduan yang telah kita bina ini diteguhkan lagi, agar memenuhi syarat-syarat kemenangan yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada sesiapa yang menegakkan agama-Nya,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Muktanmar PAS kali ke-66.

Muktamar PAS dalam norma baharu ini berlangsung dengan tema ‘Islam memperkukuh perpaduan’ di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) Kota Bharu, Kelantan.

Ahli Parlimen Marang berkata, para ulama fiqh siyasah menegaskan kepimpinan yang paling berpengaruh didukung daripada bangsa yang menganut Islam, dan bangsa yang mendominasi dalam masyarakat pada masa itu ialah bangsa Arab Quraisy.

Maka jelasnya, kepimpinan umat Islam bertukar antara kaum dan bangsa yang menganut Islam secara silih berganti, kerana risalah Islam hendaklah disampaikan kepada seluruh manusia.

“Inilah hukum fiqh politik Islam mengikut mazhab ahli sunnah wal jamaah. Adapun mazhab yang menolak peranan pengaruh bangsa dan kaum pada zaman awal Islam ialah mazhab khawarij dan majoriti daripada kalangan muktazilah yang dianggap ijtihad mereka itu adalah salah, kerana tidak menepati maqasid syariah, siyasah Syar’iyyah serta menyalahi ijtihad para sahabat selepas kewafatan Rasulullah S.A.W.

“Namun Islam adalah rahmat Allah kepada seluruh alam yang merupakan satu-satunya penyelesaian masalah umat yang teguh, anjal dan tidak hanyut, selagi beristiqamah dengan prinsip dan konsep yang berpandukan hidayah (petunjuk), bukannya jibayah (harta cukai),” katanya.

Tambah Abdul Hadi, bangsa yang bersama Islam wajib bangkit supaya tidak dihanyutkan oleh pengaruh bukan Islam yang menghilangkan jati diri sendiri.

“Bangsa itu juga mungkin diselamatkan oleh kaum lain yang menganut dan menerima Islam tanpa membiarkan mereka ditenggelamkan oleh kaum bukan Islam yang haram diizinkan menjadi wali atau pemimpin kepada orang Islam.

“Adapun mazhab yang menolak peranan pengaruh bangsa dan kaum pada zaman awal Islam ialah mazhab khawarij dan majoriti daripada kalangan Muktazilah yang dianggap ijtihad mereka itu adalah salah, kerana tidak menepati maqasid syariah, siyasah syar’iyyah serta menyalahi ijtihad para sahabat selepas kewafatan Rasulullah S.A.W,” katanya.

Sementara itu Abdul Hadi juga menegaskan agenda untuk meneruskan kesinambungan kerajaan Perikatan Nasional (PN) lebih besar berbanding Wawasan 2020 yang diilhamkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, langkah mengambil alih kerajaan yang dikosongkan oleh Pakatan Harapan (PH) bukanlah langkah spontan ataupun segera.

“Tetapi langkah sebelumnya yang panjang dan langkah selepasnya yang berwawasan melangkaui Wawasan 2020 yang telah tamat perjalanannya.

“Kerajaan PN hari ini menyambung suatu wawasan baharu yang sedang diisi dalam masa terdekat dan singkat menerusi kerajaan sementara ini, serta bersedia untuk membina sebuah kerajaan yang lebih kukuh melalui demokrasi dan menjadi pilihan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak,” katanya lagi.

Dalam pada itu Abdul Hadi berkata, PAS dan UMNO adalah pencetus kepada perpaduan ummah di negara ini selepas kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam PRU14 lalu.

“Kejutan dalam PRU14 yang lalu, telah berjaya menggerakkan usaha perpaduan ummah. Bermula dengan perpaduan bangsa menerusi penubuhan Muafakat Nasional (MN) antara PAS dan UMNO.

“Kemudian diikuti kerjasama dengan gabungan kedua-dua parti. Penyatuan terus berlangsung dengan penyertaan Gabungan Parti Sarawak (GPS), kumpulan Islam yang meninggalkan PH dan juga kalangan bukan Islam yang tidak ekstrem.

Katanya, usaha penyatuan itu membuahkan hasil apabila Putrajaya berjaya diambil alih pentadbiran PH tidak mampu bertahan dan roboh akibat tindakan sendiri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat