Musa Aman Tak Tanding PRN Sabah, Langkah Berprinsip

- Advertisement -

KOTA KINABALU- Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menyifatkan tindakan Tan Sri Musa Aman untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sebagai langkah berprinsip.

Bagaimanapun, Annuar memberitahu figura Musa adalah faktor penting dalam landskap politik Sabah.

” Tan Sri Musa yang mencabar kesahihan pembuburan (Dewan Undangan Negeri) telah ambil langkah berprinsip dengan tidak menyertai PRN.

“Namun, faktor Tan Sri Musa tetap penting dalam politik Sabah, “ciap Menteri Wilayah Persekutuan itu di Twitternya, hari ini.

Annuar berkata demikian susulan, bekas Ketua Menteri Sabah ituyang juga pencetus kepada pembubaran DUN Sabah pada 30 Julai lalu, tidak kelihatan di mana-mana pusat penamaan calon yang dibuka sejam 9 pagi, semalam.

12 September lalu, kelibat Musa paling dinanti pada proses penamaan calon namun, beliau tidak muncul.

Sejurus selesai proses itu, beliau berkicau di Twitter dengan mengucapkan “selamat maju jaya Sabah dan jaga diri”.

Bahkan, timbul pula ura-ura kononnya beliau bakal dilantik Yang di-Pertua Negeri Sabah yang membawa gelaran Tuan Yang Terutama (TYT).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat