Saya Ada Di Sabah, Kata Najib Selepas Shafie Mengadu Kepada Mahathir

- Advertisement -

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini memaklumkan beliau kini telah berada di Kalabakan, Sabah bagi membantu kempen Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

”Mana member yang suka report tu? Haaa. Saya (dah berada) kat Kalabakan ni.

”Sila jalankan tugas jadi murid kesayangan. Report ye. Najib kat Kalabakan.,” katanya secara sinis di Facebook beliau hari ini.

Najib dipercayai membuat sindiran itu susulan tular video Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Mohd Shafie Apdal yang menghubungi Tun Dr Mahathir Mohamad mengadu mengenai kehadiran Najib yang akan berkempen di negeri itu

“Dalam dua hari selepas penamaan calon ini, Najib (ada) di Tawau… dia kempen,” kata Shafie ketika mengadu kepada Mahathir dalam perbualan itu.

Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu turut dilihat berada di sebelah ketika Shafie menghubungi Mahathir.

Rakaman perbualan itu tular di media sosial pagi ini dan turut dikongsi di Facebook Najib.

“Adeh. Korang ada kawan macam ni kat sekolah dulu? Jenis kaki report, pengawas sekolah,” kata Najib di status tersebut. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,576FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat