#PRNSabah: Bekas Speaker dan Ketua Menteri Antara Pertaruhan di Kota Belud

- Advertisement -

[Sertai Telegram @portal Berita SuaraTv untuk berita terkini Pilihan Raya Negeri Sabah]

KOTA BELUD: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bagi Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen Kota Belud menyaksikan kemunculan dua tokoh politik bertaraf ‘heavyweight’ menawarkan diri merebut dua daripada empat kerusi yang dipertandingkan.

Barisan Nasional meletakkan bekas Ketua Menteri dan Menteri Komumnikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak di N10 Usukan. Manakala parti Usno meletak bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di N08, Pitasan.

Kota Belud mempunyai empat kerusi DUN iaitu N08 Pintasan, N09 Tempasuk, N10 Usukan dan N11 Kedamaian.

Barisan Nasional akan bertading di tiga dari empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Kota Belud pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 26 September nanti.

Di N08 Pitasan, Tan Sri Pandikar Amin (Usno) akan dicabar oleh calon Perikatan Nasional Fairuz Renddan, yang merupakan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu Bahagian Kota Belud.

Selain itu, kedua mereka akan dicabar juga oleh Mohd Safian Bin Saludin (Warisan), Roslan Bin Mayahman (Parti Perpaduan Rakyat Sabah), Padlan Bin Samad (PCS) dan Datuk Almudin Bin Kaida (Bebas)

Pitasan merupakan DUN baharu yang mempunyai 10,867 pengundi berdaftar. Pandikar dilihat mempunyai kelebihan sebagai tokoh yang mempunyai sejarah politik panjang dalam UMNO, AKAR, dan kini USNO.

Manakala di N10 Usukan BN membariskan bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Salleh Said Keruak sebagai calon di N10 Usukan.

Bekas Ketua Menteri Sabah kesembilan dari Disember 1994 hingga Mei 1996 ini akan dicabar Abdul Bakrin Mohd Yusof daripada Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan Datu Mohd Nazaruddin Datu Tigabelas dari Parti Cinta Sabah (PCS).

Sebagai wakil rakyat di Usukan selama beberapa penggal Salleh, 63 tahun, mempunyai peluang cerah untuk memenangi kerusi tersebut. Bagaimanapun tindakan beliau meninggalkan UMNO selepas kalah dalam PRU-14 dan kembali semula beberapa bulan lepas mungkin mewujudkan konflik dalam kalangan penyokong UMNO.

Usukan yang mempunyai 16,732 pengundi berdaftar sebelum ini dimenangi oleh BN menerusi Datuk Japlin Akim. Japlin bagaimanapun meninggalkan UMNO menyertai Bersatu selepas PRU14 dan tidak dicalonkan kali ini.

Salleh ketika ditemui pemberita dilaporkan berkata “Kita mahu membuat mengubah pucuk pimpinan negeri di Sabah supaya Barisan Nasional (BN) dapat mengambil alih dan bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan. Sabah tidak boleh lagi terpinggir daripada arus pembangunan.”

Bagi N09 Tempasuk, BN mencalonkan Datuk Mohd Arsad Bistari bagi mempertahankan kerusi yang dimenangi oleh mereka pada PRU-14. Dalam PRU lepas, Tempasuk dimenangi oleh calon BN Datuk Musbah Jamli. Musbah kemudiannya meninggalkan UMNO dan menyertai Warisan.

Mohd Arsad akan menentang penyandang jawatan, Musbah Jamli yang bertanding atas tiket bebas. Selain Musbah, turut bertanding ialah Mustapha @ Mohd Yunus Bin Sakmud (PKR), Abd. Alif Bin Saibeh (Parti Cinta Sabah), Amzah @ Hamzah Bin Sundang (USNO), dan Kunul Gindol (Parti Gagasan Rakyat Sabah).

Bagi N11 DUN Kedamaian pula, BN mencalonkan Duanis Mogirong @ Djuanis dari PBRS. Duanis yang juga merupakan Presiden Persatuan Homestay Sabah (SHA) akan ditentang oleh 5 calon lain iaitu, termasuk penyandang jawatan Datuk Ewon Benedick dari Upko.

Ewon menang kerusi Kedaiaman atas tiket BN-Upko dalam PRU14 sebelum partinya membuat keoutusan menyertai PH-Warisan.

Kedudukan BN akan sukar di sini memandangkan Ewon adalah penyandang jawatan dan juga Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah. Selain Ewon, calon lain yang telah disahkan akan bertanding ialah Raiting @ Mohd Farhan (Bebas), Leduning Bin Lengik @ Ernest (LDP), Dr. Beting Giling @ Joshua
(PCS) dan Demis Rumanti (PBS).

Kedamaian mempunyai 17,967 dijangka menjadi persaingan sengit antara BN dan Upko.

Empat kerusi DUN dalam Parlimen Kota Belud bukan sahaja menyaksikan pertaruhan parti-parti utama malah maruah dan legasi dua tokoh politik terkenal Sabah. 26 September ini mungkin memberi kita pelbagai kejutan yang tidak dijangka.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat