Transformasi Pertanian Akan Jadi Asas Manifesto BN – Bung Moktar

- Advertisement -

KINABATANGAN: Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, transfomasi pertanian akan menjadi teras dalam Manifesto BN yang bakal diperkenalkan kelak.

Dalam sidang medianya di PDM Bukit Garam sebentar tadi, Sabah jelas beliau terutamanya kawasan seperti parlimen Kinabatangan ini, tidak menerima banyak peluang pelaburan berikutan kemudahan infrastruktur seperti bekalan air dan elektrik yang masih tidak menentu.

Keadaan ini diburukkan lagi bila Lebuhraya Pan Borneo yang sepatutnya siap pada tahun 2023 dan seterusnya menarik banyak peluang ekonomi di Sabah, dilengah-lengahkan pembinaannya sejak Warisan menjadi kerajaan, dakwa beliau lagi.

Maka itu jelas beliau, tumpuan BN jika dipilih rakyat untuk menjadi kerajaan Sabah pada 26hb nanti, ialah memberi keutamaan kepada transformasi pertanian ini.

Bukan sahaja kerajaan baru nanti akan memanfaat tanah-tanah kosong yang banyak disekitar Sabah, malah perubahan besar di peringkat kerajaan negeri juga akan dilakukan bagi menyokong transformasi tersebut.

Antara lain, produk pertanian di setiap daerah yang berpotensi akan dikenalpasti. Pegawai-pegawai pertanian juga akan ditempatkan di daerah-daerah ini bagi memastikan semua perkara berkaitan dapat diuruskan dengan baik.

Transformasi pertanian ini bagaimanapun hanya satu daripada banyak perancangan yang telah dibuat jika BN berjaya menjadi kerajaan pada 26 September nanti.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran terperinci mengenai semua perancangan tersebut, cuma menyatakan setiap kementerian di bawah kerajaan negeri Sabah, akan diminta menyediakan ‘blueprint’ masing-masing untuk dilaksanakan oleh para pegawai dibawah – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat