PRN Sabah: Tak Puas Hati Agihan Kerusi, Ketua Penerangan PKR Letak Jawatan

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Ketua Penerangan PKR Sabah, Simsudin Sidek melepaskan jawatannya selepas parti itu hanya diperuntukkan separuh daripada 14 kerusi yang dimintanya.

Memetik laporan Malaysiakini, pada Rabu lalu Simsudin mengumumkan bahawa PKR akan bertanding 14 kerusi, sehari sebelum Warisan Plus mengumumkan calon mereka.

Bagaimanapun, PKR diumum hanya akan bertanding tujuh kerusi Dun pada majlis pengumuman tersebut.

Walaupun timbul rasa tidak puas hati, kepimpinan PKR akhirnya bersetuju dengan jumlah kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu bagi mengelakkan pertembungan dengan sekutunya pada hari penamaan calon.

Menurut portal berita itu lagi, Simsudin berkata, dia menghormati keputusan pucuk pimpinan tetapi meletak jawatan sebagai Ketua Penerangan PKR Sabah.

Peletakan jawatan itu berkuatkuasa pada 11 September.

“Saya berpendapat pertambahan ketara bilangan ahli PKR Sabah dan pertambahan kerusi Dun pada PRN Sabah yang akan datang menjadi asas justifikasi untuk selayaknya PKR Sabah mendapat pengagihan kerusi yang lebih adil,” katanya dalam satu kenyataan.

Berikutan persempadanan semula, jumlah kerusi Dun di Sabah bertambah daripada 60 kerusi kepada 73 kerusi.

Walaupun tidak bersetuju dengan pengagihan kerusi dan meletakkan jawatan dalam PKR, Simsudin berkata dia tetap setia kepada parti itu.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya akan terus taat setia bersama PKR yang telah saya sertai selama lebih 20 tahun dan akan kekal memegang jawatan ketua cabang PKR Labuan yang dipilih oleh anggota parti dan akan terus melaksanakan tanggungjawab itu dengan sebaik mungkin.

“Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada seluruh ahli dan MPN Sabah yang telah memberi sepenuh kerjasama kepada saya sepanjang saya melaksanakan amanah sebagai ketua penerangan,” katanya yang akan menumpukan lebih banyak masa untuk aktiviti parti di peringkat cabang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat