PKPB Di Sarawak Dilanjutkan Hingga 29 Mac

- Advertisement -

KUCHING – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak dilanjutkan selama 14 hari lagi bermula 16 hingga 29 Mac ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata keputusan itu dibuat setelah melihat dan menilai situasi kes positif di Sarawak yang masih tinggi.

“Serentak dengan itu prosedur operasi standard (SOP) akan ditambah baik dan perinciannya akan diumumkan selepas diwartakan dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media harian COVID-19 di sini hari ini.

Beliau turut mengumumkan hari ini terdapat 173 kes baharu COVID-19 dikesan di Sarawak, dengan Daerah Sibu mencatat 71 kes, Miri (19), Bintulu (16), Kuching (15), Meradong (10), Serian (sembilan), Julau (tujuh), Kapit (lima), Tanjung Manis (lima), Betong (tiga), Belaga (dua), Mukah (dua), Sri Aman (dua), Subis (dua), Telang Usan (dua), Dalat (satu), Samarahan (satu) dan Sarikei (satu).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 12,051 kes dan daripada 173 kes baharu yang dilaporkan, hanya seramai 19 orang atau 10.98 peratus yang telah menunjukkan tanda-tanda dan mengalami tanda-tanda jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

Hari ini, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan tiga kluster baharu iaitu Kluster Jalan Main Bazaar di Daerah Sri Aman, Kluster Buluh Pasi di Daerah Meradong dan Kluster Sena di Daerah Miri.

Sementara itu, Uggah berkata, kerajaan negeri bersedia untuk membeli vaksin tambahan menggunakan peruntukannya sendiri dan menambah kerajaan pusat positif terhadap cadangan itu.

Beliau juga mengakui bahawa bilangan jangkitan COVID-19 agak tinggi di rumah panjang dan kampung di kawasan luar bandar selain kaedah kuarantin di kedua-dua lokasi itu tidak lagi diguna pakai setelah didapati kurang efektif. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat