Thailand Tangguh Program Suntikan Vaksin AstraZeneca

- Advertisement -

BANGKOK – Thailand telah menangguhkan pemberian vaksin AstraZeneca susulan laporan pembekuan darah, walaupun tidak ada bukti yang mengesahkan vaksin itu menjadi puncanya.

Perdana menteri negara itu sepatutnya memulakan program vaksinasi pada hari Jumaat tetapi dibatalkan.

Thailand merupakan negara terbaharu yang menggantung penggunaan vaksin AstraZeneca selepas Austria, Denmark dan Norway.

Kira-kira 5 juta penduduk Eropah telah menerima vaksin AstraZeneca.

Daripada jumlah itu, kira-kira 30 kes telah melaporkan berlaku pembekuan darah.

AstraZeneca pula mempertahankan keselamatan vaksin tersebut yang telah menjalani secara meluas dalam ujian klinikal.

Bagaimanapun, pegawai kementerian kesihatan awam Thailand menjelaskan kumpulan vaksin AstraZeneca yang diterimanya berbeza dengan yang diedarkan di Eropah.

Bagaimanapun, pegawai itu menambah, masalah pembekuan darah tidak biasa dikesan dalam kalangan orang Asia.

Kumpulan pertama daripada 117,300 dos vaksin AstraZeneca tiba di Thailand pada 24 Februari lalu bersama 200,000 dos vaksin Coronavac China. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat