ACP Nik Ezanee Mohd Faisal Dilantik Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan rombakan melibatkan pertukaran pegawai-pegawai kanan di kontinjen negeri dan ibu pejabat polis Bukit Aman berkuat kuasa 12 April.

Senarai pertukaran terbaharu yang dikeluarkan Bukit Aman hari ini melibatkan 71 pegawai kanan, antaranya Ketua Polis Kuala Lumpur, Ketua Polis Selangor dan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin ditukarkan ke Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman sebagai Timbalan Pengarah jabatan itu, manakala Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed dinaikkan pangkat sebagai Ketua Polis Selangor dengan memangku pangkat CP.

Saiful Azly bakal diganti oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Azmi Abu Kassim yang dilantik Ketua Polis Kuala Lumpur baharu dengan memangku pangkat CP.

Supt Komunikasi Korporat PDRM Supt A. Skandaguru dalam kenyataan berkata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal pula dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor dengan memangku pangkat SAC.

Beliau menggantikan Datuk Fadzil Ahmad yang ditukarkan ke JPJKK Bukit Aman sebagai Ketua Penolong Pengarah Pendataan/Analisa.

Jawatan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya pula digantikan oleh Supt Unit Siasatan dan Pendakwaan Zon Tengah Bahagian Kawalan Kredit Komuniti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Putrajaya Supt Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid dengan memangku pangkat ACP,” katanya.

Turut terlibat dalam pertukaran itu ialah Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Sharul Lalli Masduki yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Selangor manakala tempatnya digantikan Ketua Polis Daerah Serdang ACP Razali Abu Samah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah ACP Ahmad Jefferi Abdullah pula dilantik sebagai Ketua JSJN Selangor, menggantikan ACP Abdul Latiff Mehat yang ditukarkan ke Jabatan Siasatan Jenayah Terancang JSJ Bukit Aman sebagai Ketua Penolong Pengarah (D14) serta memangku pangkat SAC.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat