TMJ Seru Kelab Bola Sepak Fokus Pembangunan Akar Umbi untuk Lahirkan Bakat Tempatan

- Advertisement -

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail (TMJ), menekankan pentingnya kelab bola sepak mengambil tanggungjawab serius dalam pembangunan bola sepak akar umbi bagi memastikan kelangsungan pemain tempatan berkualiti pada masa depan.

Sebagai pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), TMJ menegaskan bahawa bakat pemain muda perlu diberi peluang menjadi pelapis kepada skuad kebangsaan, terutamanya Harimau Malaya.

“Setiap kelab mesti memiliki pusat latihan yang sewajarnya dan tidak hanya menyalahkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atas kesukaran melahirkan bakat tempatan,” katanya menerusi hantaran di aplikasi X (dahulunya Twitter).

TMJ turut mencadangkan agar kelab meningkatkan standard masing-masing untuk memperbaiki ekosistem bola sepak di negara ini.

“Apa yang FAM dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) boleh lakukan ialah menganjurkan lebih banyak pertandingan peringkat akar umbi. Namun, tanggungjawab utama tetap terletak pada kelab,” tambahnya.

“Kelab harus meningkatkan standard masing-masing,” tulis Tunku Mahkota Ismail

Kenyataan TMJ ini menekankan keperluan kolaborasi semua pihak dalam memastikan proses melahirkan lebih ramai pemain tempatan berjalan lancar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat