Ubah strategi berniaga untuk pertahan perniagaan

- Advertisement -

MARANG –   Berpantang maut sebelum ajal … itulah semangat yang wujud dan dipegang  dalam diri Shamsiah Seman  selepas perniagaan motorsikal terpakai yang diusahakan sejak 28 tahun lalu hampir rebah  penangan pandemik covid-19 yang melanda negara lebih dua tahun lalu.

Enggan membiarkan perniagaan itu ‘terkubur’ ibu kepada lima cahaya mata itu bangkit untuk mempertahan perniagaan yang menjadi sumber pendapatan keluarganya.

Selain setia menanti pelanggan di kedainya yang terletak di Wakaf Tapai, Marang, peniaga  yang berusia 56 tahun itu juga tampil berani dengan mengubah stategi jualan menerusi media sosial bagi mempromosikan dan memperkenalkan jualan motorsikal terpakainya.

Bercerita lanjut liku perniagaan yang terpaksa ditempuhi itu, Shamsiah mengakui untuk mempertahankan perniagaan itu bukanlah mudah dengan persaingan sengit yang terpaksa dilaluinya.

Jelasnya,  cabaran berganda terpaksa ditempuhinya untuk bangkit dari episod memeritkan apatah lagi dia terpaksa membayar motorsikal yang ingin dipasarkannya secara tunai.

Bagaimanapun Shamsiah masih  beruntung kerana menjadi sahabat Amanah Iktiar Malaysia sehingga dia mampu mempertahankan dan bangkit kembali meneruskan perniagaan yang diusahakan bersama suaminya itu.

“Masa covid-19 melanda perniagaan saya agak tenat dan hampir berputus asa kerana tiada pendapatan sehingga terpaksa menggunakan duit simpanan untuk meneruskan kehidupan.

“Pernah juga terdetik untuk menukar haluan dengan berniaga makanan namun kerana sayang dengan perniagaan yang telah lama diceburi itu membuatkannya membatalkan hasrat itu.

“Mujur ada Amanah Ikhtiar  Malaysia (AIM), bolehlah saya meneruskan perniagaan untuk mencari modal.  Jika tidak,  saya sendiri tidak tahu bagaimana penghujung perniagaan saya ketika dilanda ujian getir itu,” katanya.

Berkat kesabaran itu Shamsiah kini mampu bernafas kembali dan setiap hari ada sahaja motorsikal terpakai dikedainya akan disambar pelanggan.

Jelasnya,  antara motorsikal paling laris adalah Honda Ex-5 yang menjadi tarikan orang ramai khususnya penduduk kampung.

Beliau turut berterima kasih kepada AIM  yang banyak membantu peniaga sepertinya sehingga mampu bertahan sehingga hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat