Nekad Teroka Perniagaan Baru Dengan Dana AIM

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU–Pandemik Covid-19 yang melanda negara memberi kesan kepada ekonomi masyarakat susulan ramai terjejas pendapatan mereka hingga ada yang terpaksa mengubah haluan bagi mencari sumber pendapatan.

Itu juga situasi getir yang terpaksa ditempuhi Hayati Mat Zin,54 tahun selepas perniagaan buah yang diusahakan lebih 20 tahun berdepan masalah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dek kerana itu, Hayati mula berjinak-jinak dalam perniagaan keropok lekor secara kecil-kecilan di rumahnya sebelum berjaya membuka sebuah kedai di Jalan Hiliran, Kuala Terengganu hampir setahun yang lalu.

Siapa yang menyangka, bermula hanya suka-suka untuk mencuba selepas melalui dugaan getir disebalik pandemik, ia akhirnya membawa sinar kepada peniaga ini selepas keropok lekor yang dihasilkannya mendapat permintaan yang tinggi.

Menurut Hayati, meskipun produk keropok amat sinonim dengan Terengganu namun untuk menghasilkannya tidak mudah seperti yang disangka serta menepati selera orang ramai.

Ibu kepada 10 cahaya mata ini berkata, dia mengambil masa kira-kira sebulan untuk menghasilkan keropok lekor terbaik dan tidak segan mendapatkan ilmu pengetahuan daripada kawan-kawan.

“Perniagaan buah memang sebati dalam diri saya namun ketika pandemik covid-19 melanda, ia telah mengubah segalanya apatah lagi buah-buahan ini tidak mampu bertahan dalam tempoh yang lama.

“Jadi saya bincang dengan keluarga sebelum mereka mencadangkan untuk meneroka bidang perniagaan keropok lekor ini dan saya cuba membuatnya daripada rumah.

“Pada mulanya bagi kawan-kawan dan jiran rasa, namun hasilnya tidak memuaskan dan saya hampir berputus asa untuk meneruskannya apatah lagi untuk menjualnya,” katanya.

Menurut Hayati, dengan dorongan anak-anak dan keluarga, beliau cekal untuk meneruskannya sehingga berjaya menghasilkan produk yang terbaik ini sebelum memasarkan di Pasar Payang.

Hari ini, dia kembali bangkit dan dapat menarik nafas lega di mana setiap hari lebih tiga ribu batang kerepok lekornya habis terjual.

Jelas Hayati, adunan yang sebati bersama isi ikan yang banyak serta lembut membangkitkan keistimewaan keropok itu sehingga sering mendapat permintaan yang luar biasa.

Selain keropok lekor original, beliau turut menghasilkan keropok cheese dan juga crispy yang kini memiliki 12 pekerja untuk menghasilkan produk tersebut.

Beliau turut berterima kasih dengan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), yang memberikan pinjaman sehingga mampu meneroka dan mengembangkan pernigaan yang baharu diceburinya itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat