Perbincangan Isu Parkir Di Pantai Dalam Tergendala, Kata Fahmi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penyandang PARLIMEN Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memberitahu, cadangan untuk mewujudkan parkir bertingkat di Pantai Dalam telah melalui proses perbincangan sebelum ini.

Namun, ekoran berlakunya Langkah Sheraton, segala perbincangan tergendala.

“Kita dah mulakan perbincangan untuk membuat parkir bertingkat di Taman Bukit Angkasa pada Februari 2020. Tapi sewaktu nak teruskan perbincangan, berlaku Langkah Sheraton.

“Jadi, banyak perbincangan dan perancangan kita tergendala,” katanya kepada Suara.TV ketika mengulas mengenai masalah tapak parkir yang melanda penduduk Pantai Dalam sejak sekian lama.

Malah, Fahmi berkata, isu lain termasuk mewartakan nama Kampung Kerinchi juga masih dalam proses ketika itu.

Justeru, beliau berharap agar diberikan peluang untuk menjadi wakil rakyat Lembah Pantai supaya segala perbincangan yang tergendala dapat diselesaikan.

“Harapan saya, jika kita menang dan dapat bentuk semula kerajaan, kita akan teruskan hingga ke pengakhiran untuk semua perkara yang tertangguh,” katanya yang turut menambah, masalah kereta usang di kawasan parkir turut menjadi isu serius di Pantai Dalam.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,477FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat