Alasan politik halang undi 18 hina demokrasi Parlimen – Pejuang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pejuang menolak sekeras-kerasnya kenyataan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim yang mengumumkan kelayakan undi 18 tidak dapat dilaksanakan.

Kepimpinan Muda Pejuang dalam satu kenyataan media bersama menyifatkan tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai menghina proses demokrasi Parlimen.

“Kami menolak sekeras-kerasnya kenyataan Yang Dipertua Dewan Negara tersebut yang telah menghina proses demokrasi Parlimen negara dan berharap undi 18 dapat diteruskan seperti yang telah dirancang.

“Sungguhpun Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 itu telah sempurna diluluskan Parlimen, kenyataan Yang Dipertua Dewan Negara itu, bukan sahaja tidak menghormati lunas perlembagaan malah memperkecilkan kemampuan anak-anak muda dalam membuat pilihan dalam pilihan raya,” kata kenyataan itu.

Kepimpinan Muda Pejuang terdiri Ketua Penerangan (Penaja), Ulya Aqamah Husamudin; Ketua Pejuang Muda (Penaja), Abu Hafoz Salleh Hudin dan Ketua Pejuanita Muda (Penaja), Nurul Ashikin Mabahwi.

Tambah mereka, dalam tempoh 19 bulan yang telah berlalu selepas RUU Perlembagaan (Pindaan) 2019, tidak mungkin senarai pengundi muda masih tidak berjaya dihasilkan.

“Alasan politik yang diberikan adalah tidak dapat diterima sama sekali. Bahkan, segala medium yang mungkin mengalami kesulitan boleh dicari jalan keluar agar membolehkan partisipasi anak muda diperluaskan dalam menentukan masa depan negara melalui peti undi.

“Kerajaan PN seharusnya juga menyatakan pendirian tentang kenyataan Rais itu agar rakyat secara umum dan anak muda secara khusus dapat mengetahui pendirian muktamad kerajaan PN tentang kedudukan undi 18,” tegas mereka.

Kata mereka lagi, kenyataan Rais itu ternyata mengejutkan pimpinan muda Pejuang. -SuaraTV

Baca lagi :  https://suara.tv/11/03/2021/undi-18-tak-jadi-tak-praktikal-rais-yatim/

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat