Undi 18 tak jadi, tak praktikal – Rais Yatim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kelayakan mengundi pada pilihan raya umum di usia 18 tahun yang sepatutnya berkuatkuasa Julai ini tidak dapat diteruskan walaupun Dewan Rakyat sudah meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, pelbagai kekangan ke arah pelaksanaannya sebelum negara ini benar-benar bersedia membenarkan pendaftaran pengundi seawal usia itu.

“Ini soal politik. Walaupun sudah lulus, tetapi memberikan senarai bakal pengundi berusia 18 tahun itu memakan masa yang sangat lama. Ia kena diambil daripada Jabatan Pendaftaran Negara dan senarai konstituensi atau kawasan-kawasan (di seluruh negara).

“Ia sekali gus melibatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan terdedah dengan tempoh masa yang lama.

“Setelah melihat situasi yang sebenar, undi 18 tahun ini tidak praktikal untuk diadakan pada musim ini,” katanya semasa program Ruang Bicara bertajuk Signifikan Parlimen dalam Pembinaan Negara Bangsa, semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada penonton secara atas talian berkenaan status had umur mengundi 18 tahun.

Pada 16 Julai 2019, Dewan Rakyat yang ketika itu dipengerusi oleh Tan Sri Datuk Mohamad Arif Md. Yusof meluluskan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi menurunkan had umur mengundi dari 21 tahun ke 18 tahun, pendaftaran pengundi automatik dan menurunkan umur calon bertanding pilihan raya kepada 18 tahun.

Pengundi 18 tahun merupakan cetusan  bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bertujuan meningkatkan pendidikan politik dalam kalangan anak muda sekali gus menyaksikan landskap politik negara ke arah pro anak muda.

Ketika ini, Parlimen masih belum bersidang sehingga 1 Ogos walaupun Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan Parlimen boleh bersidang semasa darurat pada suatu tarikh yang dirasakan sesuai atas nasihat Perdana Menteri. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat