“Allah dalam Islam tak sama dengan Allah dalam Bible” –Putra

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah Allah di dalam bible adalah satu perkara yang sangat memeranjatkan lebih daripada menerima kenyataan peningkatan 5,000 lebih kes harian tertinggi Covid 19 sebelum ini,” kata Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Dr Aziz Jamaludin Tahir JP.

Katanya, Allah di dalam Islam adalah merujuk kepada tuhan yang esa manakala Allah di dalam bible adalah merujuk kepada tuhan trinity iaitu tuhan bapa, roh kudus dan jesus. sudah tentu tidak sama.

“Pihak kristian sangat bersatu dalam memperjuangkan penggunaan kalimah Allah tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.

“Sedangkan katanya, masyarakat Islam terutama golongan pemimpin pula telah berjaya dipecahkan dan terbahagi kepada empat golongan iaitu, mempertahankan kalimah Allah tidak boleh diguna oleh pihak Kristian; membenarkan kalimah Allah digunakan dengan memberikan apa sahaja dalil yang membenarkan; makin keliru dan tidak tahu untuk mana yang benar kerana terdapat dua puak yang saling membenar dan tidak membenarkan dan tidak peduli tentang apa yang berlaku asalkan boleh hidup dengan senang dan mewah,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau, kita secara tidak langsung dipecah-pecahkan kerana tidak bersatu atas satu kesatuan yang kukuh.

“ Walaubagaimanapun kita masih belum terlambat, kita masih ada lagi Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

“Semua pemimpin Islam mestilah bersatu di dalam Manhaj Ahlisunnah Wal Jamaah untuk mempertahankan kalimah Allah dari digunakan oleh Kristian.

“Gunakan sahaja fasiliti dan kelebihan yang kita ada termasuk pengaruh dari Majlis Raja- raja Melayu dan NGO Islam,” katanya.

6. justeru kami dari Parti PUTRA Malaysia memyeru kepada warganegara Malaysia terutamanya golongan muslim untuk bersama sama kami di dalam memperjuangkan isu ini.Kami akan berusaha segenap daya kami mencari jalan dengan apa cara jua yang dibenarkan untuk berjuang supaya kalimah Allah ini tidak akan berjaya untuk digunakan di dalam kitab bible mereka.

Kerana kami tahu permintaan mereka bukanlah untuk memudahkan supaya penganut agama mereka akan menjadi lebih memahami kitab bible mereka. Akan tetapi ianya adalah lebih kepada untuk menambahkan kekeliruan kepada masyarakat muslim terutamanya generasi akan datang. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat