Anwar akui Titah Adendum wujud dan dirujuk kepada Tuanku Sultan Ibrahim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dalam perkembangan mengejutkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim hari ini mengakui bahawa kerajaan ada menerima surat berhubung titah tambahan diraja Yang Di-Pertuan Agong ke-16, Al Sultan Abdullah yang membolehkan bekas perdana menteri, Najib Razak menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.

Bagaimanapun menurut Perdana Menteri, Titah yang diserahkan kepada Peguam Negara diterima selepas takhta Agong bertukar dan peguam negara menyerahkan surat itu kepada istana negara bagi membolehkan Agong yang baru, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, membuat keputusan.

“Surat tu dihantar kepada peguam negara, bukan kepada saya, bukan kepada ahli lembaga pengampunan.

“Dan peguam negara kemudian bila Agong ganti, diserah kepada Istana Negara, kerana Agong yang pengerusikan (lembaga pengampunan). Itu keadaan dia, bukan kita sorok,” kata Anwar semasa berucap di Program Muhibbah Madani hari ini.

Bagaimanapun Anwar tidak menjelaskan sama ada Peguam Negara Ahmad Terrirudin Mohd Salleh merujuk kepada beliau terlebih dahulu atau terus merujuk kepada Sultan Ibrahim.

Dalam amalan biasa Peguam Negara perlu berunding dengan Perdana Menteri terlebih dahulu dalam hal yang melibatkan urusan pentadbiran.

Dengan pendedahan ini, semua mata kini tertumpu kepada Tuanku Sultan Ibrahim sama ada baginda akan mencemar duli membuat kenyataan mengapa Titah Adendum tersebut dianggap tidak sah dan tidak dilaksanakan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat