Sijil halal berbalah, duit rasuah dikerkah – A.Kadir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tidak ada siapa paksa kita makan apa yang kita tidak mahu makan, kata wartawan veteran, Datuk A.Kadir Jasin.

Menurut beliau, betul, bagi sesetengah orang Islam, sijil halal sangat penting tapi janganlah pasal sijil halal kita berbalah, tetapi duit rasuah dikerkah.

“Di Malaysia ini kita ada banyak pilihan makanan. Jadi tidak timbul sebab hendak bergaduh. Ada banyak kedai dan gerai makan Melayu. Tapi jarang jumpa kedai dan gerai makan Melayu yang ada sijil halal.

“Orang asing yang utamakan makanan halal tetapi tidak biasa dengan Malaysia tidak akan ambil risiko makan di kedai yang tidak ada sijil halal.

“Bukan semua mereka kenal mana satu Melayu dan mana bukan Melayu. Mereka pun mungkin tidak tahu orang Melayu di Malaysia wajib beragama Islam. Dan bukan semua orang bukan Melayu adalah bukan Islam.

“Kedai dan gerai Cina pun banyak. Ada yang khusus untuk orang Cina atau pelanggan yang makan babi. Tapi banyak juga kopitiam Cina yang tidak jual makanan haram dan ramai pelanggan mereka Muslim,” katanya dalam catatan di Facebook pada Selasa.

A.Kadir turut berkongsi cerita, semasa beliau kanak-kanak dan remaja di kampung pada tahun 1950-an dan 60-an, datuknya bawa beliau makan roti bakar dan kuih pau di kedai Cina bahkan haji dan lebai pun makan juga.

“Di bahagian belakang kedai, di sebalik tirai, ada meja mahjong dan pakau. Loteri tiga atau empat nombor ekor pun ada dijual. Ditulis di atas kotak rokok. Ramai Melayu, Cina, Siam dan India main judi.

“Sekarang ini banyak kedai makan, pembekal serta pengilang makanan berbangsa Cina memiliki sijil halal. Lebih banyak daripada Melayu.

“Kedai makan India ada dua jenis. Satu Mamak (Islam). Jarang sangat kedai Mamak ada sijil halal. Satu lagi India bukan Islam, selalunya mereka Hindu. Tapi ada juga yang beragama lain seperti Buddha, Sikh dan Kristian. Mereka pun jarang ada sijil halal.

“Kemudian kedai makan rangkaian global. Mereka ini boleh kata semuanya ada sijil halal.

“Kesimpulannya kita ada banyak pilihan. Ada Melayu, Cina, India, Orang Putih, Siam, Arab dan macam-macam lagi,” ulasnya.

Tambah A.Kadir lagi, ada yang mempunyai sijil halal, ada yang ada label “no pork no lard”, ada yang mengaku “non-halal”, ada yang yang pamer sijil sembelihan Islam dan ada yang pekerjanya tutup aurat.

“Banyak orang Melayu kotor dan jijik daging babi sampai tidak kenal rupa dan warnanya.

“Justeru itu, tidak perlulah kita cerewet, emosional, komunal dan politikal sampai hilang akal,” tegurnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat