Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan dua minggu lagi bermula 15 April hingga 28 April bagi mengawal penularan dan memutuskan rantaian wabak Covid-19.
Pengumuman dibuat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung di seluruh negara, hari ini.
Katanya, lanjutan itu perlu berikutan situasi semasa negara yang masih memerlukan petugas kesihatan memerangi penularan wabak.
“Selain itu, ia bagi mengelakkan penularan semula wabak ini (Covid-19) dalam masyarakat.
“Tindakan ini juga adalah selaras dengan pandangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyarankan negara-negara supaya tidak menamatkan PKP terlalu awal.
“Seperti mana yang berlaku di beberapa negara, penularan wabak ini meningkat semula apabila PKP ditamatkan,” katanya.
Malaysia menguatkuasakan PKP sejak 18 Mac lalu dan memasuki fasa ketiga selepas berakhirnya fasa kedua pada 14 April.
Muhyiddin berkata, meskipun unjuran dibuat Kementerian Kesihatan (KKM) sepanjang PKP hampir sebulan lalu menyaksikan pengurangan kebolehjangkitan Covid-19, situasi itu tidak boleh diambil mudah.
“Penularan wabak ini masih di peringkat pertengahan dan memerlukan tindakan pencegahan serta kawalan yang berterusan.
“Malah usaha mencegah wabak mesti diperhebatkan lagi bagi memutuskan rantaian penularan jangkitan termasuk memberi tumpuan khusus kepada kumpulan sasar yang dikenal pasti punca penularan wabak,” katanya.
- Orang Kedah Akan Mati, MB Suruh Ikat Perut’
- Korban Covid-19 seluruh dunia melebihi 90,000
- ‘Orang Kedah Akan Mati, MB Suruh Ikat Perut’
- ‘Kami Bukan Anjing’, Kesal Frontliner Terhadap ‘Kluster Kayangan’
- Covid-19: Bilik Di Hotel Kuarantin Tidak Besar, Makanan Tak Menyelerakan – Alice
- Jepun Tawar Ubat Percuma, Pesakit Jadi Negatif Covid-19 Dalam Masa 4 Hari
- Rakyat Gembira Pakej Ekonomi, Tapi Kit Siang, Anwar dan Khalid Samad Pula ‘Panas’
- ‘Kami Bukan Anjing’, Kesal Frontliner Terhadap ‘Kluster Kayangan’
- PKP: Tidak Bersyukur, Netizen Mahu Bagi Pelajar UM Makan Taik