‘Kami Bukan Anjing’, Kesal Frontliner Terhadap ‘Kluster Kayangan’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Kami bukan anjing”. Demikianlah luahan hari seorang betugas kesihatan atau frontliner yang kesal dengan sikap pesakit Covid-19 yang terdiri daripada golongan B20 yang baru balik sama ada bekerja atau melancong dari luar negara.

Sakinah Sulong dalam perkongsiannya di laman Facefook hari ini menggambarkan kumpulan pesakit yang juga digelar sebagai ‘kluster kayangan’ ini memberi pelbagai tekanan kepada kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak kesihatan.

Menurutnya, sikap kumpulan ini yang sombong ketika rawatan, jauh berbeza dengan kumpulan kluster tabligh yang sangat mudah untuk memberikan kerjasama kepada petugas kesihatan.

 

Sikap mudah memberikan kerjasama yang diberikan oleh kumpulan dari kluster tabligh sebelum ini banyak memudahkan kerja dan tugas-tugas pegawai dan kumpulan sokongan kesihatan dalam membendung wabak Covid-19 ini.

Berbeza dengan kluster yang baru balik dari luar negara ini apabila bertindak keras dan bersikap melampau sehingga memberi gelaran seperti ‘anjing’ dan sebagainya terhadap petugas kesihatan.

Tambah Sakinah, sebagai petugas barisan hadapan, meraka amat kesal dengan sikap kumpulan yang sombong ini, sedangkan mereka hanya menjalankan tanggungjawab mereka sebagai petugas kesihatan.

Malah tambahnya, apabila melakukan tugas tanpa rehat yang cukup seperti keadaan sekarang, beliau merasakan seperti maruah petugas kesihatan sedang dipijak-pijak berikutan sikap sombong yang ditunjukkan oleh kumpulan dari kluster kayangan ini.

 

Perkongsian yang dibuat oleh Sakinah itu mendapat ribuan perkongsian, daripada pengguna laman sosial di seluruh negara.

Rata-rata pengguna media sosial atau netizen, mendoakan agar Sakinah dan pasukannya terus kuat menghadapi dugaan daripada kluster kayangan ini.

Antara lain, netizen juga turut memberikan pelbagai kata-kata semangat kepada Sakinah dan rakan-rakannya demi menyelamatkan negara ketika krisis wabak ini.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat