Kuala Lumpur – Berang dengan sikap tidak tahu bersyukur dengan rezeki yang ada, seorang mahasiswa dari Universiti Malaya teruk dikecam para netizen.
Ia ekoran dari tindakan mahasiswa itu yang memuatnaik gambar makanan diberikan kepada penuntut di kokej kediaman universiti tersebut.
“Ini contoh makanan PKP untuk mahasiswa Universiti Malaya yang duduk di kolej kediaman ya! Bukan tidak bersyukur tapi itulah…,” rintihnya melalui ciapan di Twitter Ahad lalu.
Melalui gambar yang dimuatnaik itu, kelihatan bungkusan makanan nasi putih bersama 2 ketul ayam goreng dengan sayur campur.
Tindakan itu menyebabkan dirinya menerima ‘serangan’ bertali arus dari semua peringkat masyarakat.
“Aku dah kata, budak Twitter memang bangang, poyo, bodoh dan hodoh nauzubillah. Kalau aku, baik sponsor taik biar depa cerdik sikit lepas makan,” sindir Haizal Yatiran.
“Apakah ini dikategorikan sebagai tidak baik? Makanan ini nampak lebih baik dari apa yang saya masak di rumah, Makanan anda lebih bagis dari apa yanh anak saya makan!,” tegas Nely Holy Guacamole.
“Hey (kos makanan tersebut) RM15 sehari. 2 kali makan (tengah harindan malam) bersama 1 sarapan. Cuba bagi tahu saya pada tahun 2020 ni, dekat mana kau boleh dapat makan 3 kali sehari dengan harga serendah RM15 siap dengan lauk. Aku kira beruntung kalau dapat makan dengan kos serendah RM6-7 ringgit untuk 1 set makanan,” tulis Edward Hyde.
“Abis hang nak makan macam mana? Ramen? Kimchi? Bulgogi? Sushi King? Sayur ada,ayam goreng ada nak apa lagi? Pagi tu Nasi Goreng telur goreng, bagi saya ni dah sedap dan patut bersyukur. Janganlah nak membelasah je, kat luar ni ada yg makan nasi dengan garam. Sabar sikit dik, bukan Malaysia je, 1 dunia berlaku wabak ni. Jangan demand lebih2 sangat,” sindir Mohd Zaffarollah pula.
Sementara itu, tinjauan SuaraTV mendapati penuntut lelaki tersebut telah menyahaktifkan akaun Twitternya.
Tindakan itu dipercayai kerana tidak tahan dengan sindiran dan kecaman yang diterima sejak isu mengenainya viral di media sosial. – SuaraTV