Penyelidik Institusi Awam Perlu Berperanan Majukan Industri Kesihatan – Noraini

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Noraini Ahmad berkata, kumpulan penyelidik dari universiti awam perlu memainkan peranan untuk memajukan industri perubatan dan kesihatan tempatan.

Beliau berkata demikian dalam status yang ditulis di laman Facebook miliknya hari ini.

Tambahnya, tanggungjawab tersebut tidak terletak di bahu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semata-mata.

“Penyelidik atau researcher IPTA perlu memberi tumpuan untuk membangunkan industri perubatan dan kesihatan dalam menghadapi kesan pasca Covid-19.

“Dalam menghadapi cabaran masa hadapan, kita perlu bersedia dengan keupayaan dalaman atau serantau hasil daripada penyelidikan kita sendiri dengan mengambil manfaat daripada teknologi dan perkongsian sumber merentasi sempadan.

“Berdasarkan pengalaman yang kita sedang hadapi ketika ini, kita tidak boleh lagi terus bergantung kepada kepakaran atau teknologi pihak luar dalam pembekalan industri perubatan dan kesihatan,” katanya.

Pengalaman negara ini berhadapan dengan Covid-19 juga perlu digunakan supaya negara meletakkan kesihatan awam dan pembuatan barangan kesihatan sebagai satu bidang strategik yang perlu diberi keutamaan, tambahnya lagi.

Tambahan pula katanya, negara mempunyai ilmuan dan kobolehan untuk menghasilkan alatan yang sangat diperlukan dalam menghadapi wabak pembawa maut ini.

Dalam masa sama, Noraini turut berkongsi status seorang pensyarah daripada universiti tempatan, Sabri Zin berkenaan perkembangan terkini sekumpulan penyelidik yang sedang dalam projek pembinaan ventilator bagi kegunaan pesakit Covid-19 dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).

Dalam perkongsian tersebut, seramai 25 orang jurutera dari seluruh negara berjaya dikumpulkan bagi memulakan projek tersebut.

Sehingga kini, kumpulan tersebut berjaya menyediakan draf rekaan bagi sistem kawalan diagram.

Selain itu kumpulan mengikut bidang kepakaran seperti mekanikal, hardware, software, ujian, statistik dan produk juga telah berjaya disiapkan.

Di akhir perkongsian itu, penulis berdoa agar segala usaha yang sedang dilakukan oleh pasukan itu berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat