Ketua Pemuda Armada, Antara 6 Ditahan Miliki Air Ketum

- Advertisement -

Tapah – Ketua pemuda sebuah parti politik antara enam individu yang ditahan memiliki air ketum dalam satu serbuan di sebuah rumah di Bidor Jaya semalam.

Kesemua lelaki berusia lingkungan 22 hingga 45 tahun itu ditangkap sekitar jam 4.30 petang.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, serbuan turut menemui cecair dipercayai air ketum sebanyak 19.5 liter dan 990 mililiter ubat batuk.

“Kita menerima maklumat daripada orang awam wujud kegiatan ketum di situ dan serbuan yang dilakukan berjaya menahan enam lelaki.

“Kesemua mereka direman selama empat hari sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, kes akan disiasat di bawah Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, namun menurut sumber salah seorang yang ditangkap adalah merupakan Ketua Pemuda Armada.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat