Chegubard Kesal, Bekas Timbalan Menteri PH Sebar Berita Palsu

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Bekas pemimpin akar umbi PKR, Badrul Hisham Shaharin kesal dengan penyebaran berita palsu yang dibuat oleh seorang ahli Parlimen yang juga bekas seorang timbalan menteri Pakatan Harapan (PH).

Menurutnya, penyebaran-penyebaran berita palsu ketika ini, boleh menyebabkan keadaan panik di kalangan rakyat, terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Justeru tambahnya, semua pihak perlu berhati-hati dalam berkongsi info atau apa juga berita.

Malangnya, orang yang paling awal membuat penyebaran berita palsu semalam adalah seorang bekas timbalan menteri yang menjaga portfolio agama, tambah beliau yang juga mesra dengan panggilan Chegubard.

“PKP ini rakyat dalam keadaan sangat tertekan.

“Dalam keadaan ini banyak benda boleh mencetuskan panik kerana itu penyebaran berita palsu amat perlu dielakkan.

“Paling amat dikesali antara awal yang menyebarkan video dan berita palsu ini ialah bekas timbalan menteri yang bertanggungjawab menjaga agama islam kerajaan PH yang lalu,” katanya kepada SuaraTV.

Terdahulu, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh terpaksa membuat permohonan maaf secara terbuka apabila dikecam netizen kerana menyebarkan berita palsu.

Fuziah melalui laman Facebook turut menjelaskan kesilapan tersebut dilakukan oleh pengendali laman tersebut dan bukan dirinya.

“Admin mohon maaf, tersilap post video lama dan sudah pun di delete(padam). Harap tidak menyebabkan panik,” tulisnya sebentar tadi.

Semalam, beliau memuatnaik satu klip video sambil mendakwa kononnya berlaku insiden rempuhan melibatkan sekumpulan rakyat Malaysia di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru, Johor.

Dalam hantaran tersebut juga, Fuziah turut menyindir pihak kerajaan berkenaan penyediaan hotel bertaraf lima bintang bagi memuatkan kesemua orang yang terpapar dalam video tersebut. – SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat