MP Kuantan Minta Maaf, Sebar Video Palsu

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh terpaksa membuat permohonan maaf secara terbuka apabila dikecam netizen kerana menyebarkan berita palsu.

Fuziah melalui laman Facebook turut menjelaskan kesilapan tersebut dilakukan oleh pengendali laman tersebut dan bukan dirinya.

“Admin mohon maaf, tersilap post video lama dan sudah pun di delete. Harap tidak menyebabkan panik,” tulisnya sebentar tadi.

Semalam, beliau memuatnaik satu klip video sambil mendakwa kononnya berlaku insiden rempuhan melibatkan sekumpulan rakyat Malaysia di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru, Johor.

“Sedang berlaku di CIQ JB. Situasi diluar kawalan. Pekerja Malaysia di Singapore cuba balik ke Malaysia secara beramai2. Harap adalah hotel 5 bintang untuk quarantine mereka,” tulisnya sebelum ini.

Walau bagaimanapun, setelah diteliti maklumat yang ditularkan itu adalah tidak benar.

Ketua Pengarah Imigresen, Dato’ Indera Khairul Dzaimee Daud berkata, pihaknya akan membuat satu laporan polis berhubung tindakan tersebut.

“Rakaman video berkenaan adalah suasana ketika latihan kebakaran di BSI pada 18 Disember 2019.

“JIM (Jabatan Imigresen Malaysia) mengambil serius perbuatan penularan video berkenaan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab yang berniat untuk menimbulkan keresahan dikalangan masyarakat.

“Satu laporan polis akan dibuat oleh pihak JIM Johor,” katanya dalam satu kenyatan media sebentar tadi.

Sementara itu tinjauan SuaraTV di media sosial mendapati netizen menyifatkan tindakan bekas timbalan menteri itu sebagai tidak bertanggungjawab.

“Ahli Parlimen PH Kuantan dah mohon maaf setelah dia sebarkan video fitnah dan mencetuskan panik. Baiklah tu. Dah taubat. Jangan ulang, ya?

“Sekarang kita tunggu dia mohon maaf juga untuk video masak-masak mutant radioaktif dia,” ujar bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

“Kalau rakyat yang buat ni laju aja MCMC dan PDRM buat tangkapan, tapi kalau ahli Parlimen/politik tiada hal punya, tutup mata saja. Kebalkan mereka-mereka ini, beza antara dua darjat, kalau gini mau join politik lah,” ujar Nazizi Ab Rahman.

“Masa-masa gini pon PH (Pakatan Harapan) masih nak sebar berita palsu, harap PDRM mengambil tindakan tegas! Jangan pilih bulu, kalau orang awan di denda RM1000 mereka (ahli politik) pun wajib di denda dan di penjara juga. Senangnya kerja mereka bila dah sebar mintak maaf lepas tu settle, harap PDRM mengambil tindakan tegas kepada mereka yang menyebar berita palsu ini,” tegas Mahadir pula. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat