Kerajaan Lulus RM109.1 Bilion Untuk Tingkatkan Pelaburan Asing – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memaklumkan kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah meluluskan sebanyak RM109.1 bilion bagi meningkatkan pelaburan asing dalam sektor pembuatan.

Perdana Menteri berkata jumlah pelaburan tersebut diluluskan dalam tempoh 100 pentadbiran kerajaan pimpinannya dengan unjuran 25,000 peluang pekerjaan.

Menurut beliau, MITI telah berjaya meningkatkan pelaburan asing dalam sektor tersebut dengan memacukan pertumbuhan ekonomi melalui program galakan pelaburan yang strategik.

Selain itu, katanya, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi juga telah meningkatkan eksport sektor agrokomoditi dengan nilai eksport RM147.2 bilion yang meningkatkan sumbangan kepada pendapatan rakyat dan negara.

“Atas kesedaran bahawa syarikat dan pengusaha adalah enjin pemulihan ekonomi, Kementerian Kewangan juga melalui inisiatif bayaran untuk Program Subsidi Upah telah menyalurkan sebanyak RM3.3 bilion bagi membantu aliran tunai peniaga kecil dan perusahaan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis perasmian 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, hari ini.

Ujarnya lagi, hasil dari inisiatif Program Subsidi Upah juga telah memberikan manfaat kepada 189,000 majikan dan 1.9 juta pekerja.

Beliau berkata inisiatif-inisatif yang diperkenalkan kerajaan itu merupakan kejayaan Aspirasi Keluarga Malaysia melalui Teras Satu iaitu Menstukturkan Semula Ekonomi.

Selain itu, kejayaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) melalui kerjasama Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah membolehkan pembukaan penuh sektor ekonomi.

“Ini menjadi ramuan asas kepada proses kebangkitan ekonomi makro dan rakyat, sekali gus menyemai benih pemulihan yang kukuh apabila negara memasuki suku keempat 2021.

“Malaysia mencatatkan peningkatan keluaran dalam negara kasar sebanyak 3.0 peratus bagi tempoh sembilan bulan pertama 2021, berbanding penguncupan 6.4 peratus dalam tempoh yang sama tahun lalu.

“Angka mutakhir kadar pengangguran sudah berkurangan kepada 4.3 peratus pada Oktober 2021, berbanding kemuncak 5.3 peratus pada Mei 2020.

“Angka terbaru ini juga lebih rendah dari dua bulan sebelumnya, menunjukkan bahawa 100 hari pertama membawa keberhasilan hakiki dalam aspek peluang pekerjaan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat