Omicron Dikesan 4 Kali Ganda Lebih Menular Berbanding Delta – Profesor Kesihatan Jepun

- Advertisement -

TOKYO – Penasihat Kementerian Kesihatan Jepun mendapati varian COVID-19 Omicron dikesan 4.2 kali lebih mudah berjangkiti pada peringkat awal berbanding varian Delta.

Penemuan itu sekali gus berkemungkinan mengesahkan kebimbangan terhadap penularan jenis baharu varian berkenaan.

Profesor kesihatan dan sains alam sekitar di Universiti Kyoto, Dr Hiroshi Nishiura menganalisa data genom yang tersedia di wilayah Gauteng di Afrika Selatan pada 26 November lalu.

“Varian itu lebih mudah tular dan mampu melepasi imunisasi semulajadi dan dibina menerusi vaksin,” katanya dalam penemuan, yang dibentangkan pada mesyuarat panel penasihat Kementerian Kesihatan, semalam.

Bagaimanapun kajian Dr Nishiura belum disemak dan diterbitkan dalam jurnal saintifik tetapi analisis baharu itu dijalankan menggunakan kaedah sama yang digunakannya dalam kajian Julai yang diterbitkan oleh jurnal perubatan Eurosurveillance bagi ramalan penguasaan Delta menjelang Sukan Olimpik Tokyo, baru-baru ini.

“Kadar vaksinasi adalah kurang daripada 30 peratus dan ramai orang mungkin dijangkiti secara semula jadi

“Kita perlu memberi perhatian kepada trend masa depan untuk melihat sama ada perkara yang sama akan berlaku di negara di mana vaksin mRNA digunakan pada kadar yang tinggi,” kata Dr Nishiura.

Ratusan sainstis hari ini sedang berlumba untuk memahami varian baharu itu, yang mempunyai strain berbeza dengan lima varian yang dikenalpasti Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sejak pandemik itu bermula.

Kes di Afrika Selatan sudah meningkat naik dengan hampir 20,000 kes sehari sejak negara itu mengesan Omicron, dua minggu lalu.

Menurut Bloomberg’s Vaccine Tracker, kes COVID-19 itu bagaimanapun masih lagi rendah dalam minggu-minggu sebelumnya, walaupun hanya 26 peratus populasi sahaja divaksin sepenuhnya. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat