Hidangan celup tepung jadi tarikan pelancong

- Advertisement -

Jika bertandang ke Terengganu, pastikan anda singgah sebentar di Pantai Rhu Sepuluh untuk mencuba pelbagai hidangan yang menjadi identiti bumi Darul Iman di restoran Suhaimi Celup Tepung.

Lokasinya yang strategik bersebelahan pantai menjadikan restoran milik Rohaya Bahari, 37, yang diusahakan bersama suami, Suhaimi Mokhtar, 40, tumpuan utama pelancong.

Menurut Rohaya, menu ikan, udang dan sotong celup tepung amat popular di restorannya dan sentiasa mendapat sambutan bukan sahaja daripada penduduk tempatan, malah pelancong luar yang tidak putus-putus datang terutama pada hujung minggu, cuti umum dan musim cuti sekolah.

“Menu utama restoran kami pastinya keropok lekor, ikan celup tepung, udang celup tepung dan sotong celup tepung yang paling digemari serta mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan.

“Bekalan hasil laut kami dijamin segar kerana dibeli setiap hari secara terus daripada nelayan di Besut. Di Suhaimi Celup Tepung, kualiti makanan amat dipentingkan bagi menjaga kepuasan pelanggan.

Rohaya berkata, selain aneka hidangan celup tepung, restorannya juga menyediakan pelbagai jenis hidangan sampingan seperti pulut mangga, satar ikan, dan masakan panas untuk memenuhi selera pelanggan yang adakalanya inginkan hidangan lebih berat serta mengenyangkan.

Ditambah dengan berbagai jenis minuman istimewa seperti ais kacang, ais jagung, ‘mango shake’ dan ‘coconut shake’ yang boleh dinikmati sambil menatap keindahan laut yang membiru diselangi bunyi desiran ombak.

“Berdasarkan maklum balas pelanggan, mereka suka datang ke kedai kami kerana dapat menikmati hidangan enak bersama keluarga dalam suasana santai berlatar belakangkan laut nan indah.

“Faktor kebersihan kedai juga menjadi keutamaan pemilihan mereka,” katanya yang mengambil alih perniagaan daripada ibu mertuanya pada 2010.

Menurut Rohaya, pada hari-hari biasa, jumlah pelanggan adalah sekitar 100 orang dan meningkat sehingga 15 kali ganda pada musim cuti sekolah atau perayaan.

Namun di sebalik manisnya kejayaan hari ini, Rohaya tidak pernah lupa kesusahan serta cabaran yang terpaksa ditempuhi demi memastikan perniagaannya bertahan sehingga ke hari ini.

“Saya pernah kerugian sehingga RM20,000 pada awal perniagaan kerana waktu itu belum mahir selok belok berbisnes.Tetapi alhamdulillah dengan pinjaman sebanyak RM30,000 daripada Amanah Ikhtiar Malaysia, saya dapat pusing semula modal dan terus berniaga ke hari ini,” katanya yang memiliki lima cahaya mata.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat