Masyarakat Orang Asli Bera Puas Hati Perkhidmatan Cemerlang Ismail Sabri

- Advertisement -

GUAI – Etnik Orang Asli yang menjadi sebahagian besar pengundi di Parlimen Bera berpuas hati dengan servis terbaik yang dijalankan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sejak 2008 menjadi wakil rakyat di situ.

Rata-rata Orang Asli Bera yang ditemui berkata, Ismail Sabri dan Barisan Nasional (BN) Pahang telah banyak mengubah sosioekonomi etnik itu malah mereka boleh dikatakan lebih maju berbanding Orang Asli di negeri-negeri lain.

Justeru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini mereka menyimpan harapan agar Ismail Sabri menang besar dan terus menjadi ahli Parlimen mereka sekali gus Perdana Menteri Malaysia.

Suara.TV berkesempatan menemu bual etnik Orang Asli di Kampung Bukit Rok dan Kampung Ibam bagi menyelami rasa hati mereka terhadap pemimpin nombor satu negara yang juga wakil rakyat Bera.

Batin Kampung Ibam, Raman Mat, 52, memberitahu, dari segi bantuan kepada masyarakat Orang Asli mereka tidak berdepan kesukaran kerana sentiasa dibantu Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) malah jika berkesempatan mengadu kepada Ismail Sabri sendiri beliau akan membantu dari segi dana.

“Dari segi bantuan kami tak ada masalah, kami ada JAKOA yang uruskan hal ehwal Orang Asli dari aspek bantuan pendidikan.

“Manakala kalau kita perlukan dana, jumpa Datuk Seri, dia pasti akan bantu kita,” ujarnya.

Raman turut memberitahu masalah yang sering dihadapi anak-anak Orang Asli biasanya berkaitan keciciran dalam bidang pelajaran.

“Meskipun ada bas masuk ke kampung hantar ke sekolah menengah namun masih ada yang malas. Tapi tak semua begitu, masih ramai yang pentingkan pelajaran.

“Macam Datuk Seri janji nak bagi jawatan penting kepada OrangAsli tapi kalau mereka sendiri tak berpendidikan bagaimana nak isi jawatan-jawatan tinggi berkenaan, sebab itu mereka kena belajar tak boleh cicir,” katanya lagi.

Dia juga berharap BN terus memerintah agar semua janji yang diberitahu Ismail Sabri terutamanya melibatkan banyak pembangunan kepada masyarakat Orang Asli dapat direalisasikan.

Sementara itu, pekebun, Abdul Karim Seman, 66, memberitahu sejak awal Ismail Sabri menjadi ahli Parlimen Bera hingga jadi Perdana Menteri kini beliau tidak pernah pinggirkan pembangunan Orang Asli.

“Saya harap dia menang besar kali ini sebab kami nak minta macam-macam lagi seperti perumahan, jalan dan bantuan-bantuan lain lagi,” katanya.

Penoreh getah, Jamilah Lee Nyak, 62, juga berpuas hati dengan khidmat bakti Ismail Sabri terutamanya melibatkan bantuan pendidikan.

“Bagi saya puas hati lah, sekolah anak-anak saya dibantu sekolah dengan kemudahan asrama malah makan percuma, saya puas hati.

“Apa yang saya boleh minta iaitu berkaitan pemilikan tanah. Kalau benda-benda kecil, kita mampu cari carilah tak perlu 100 peratus minta daripada kerajaan,” jelas Jamilah.

Sementara itu, remaja Orang Asli Izar a/l Rahman, 17, pula berharap kerajaan dapat memajukan kampung-kampung Orang Asli dengan kemudahan pengangkutan dan bantuan pertanian.

Izar juga berharap lebih banyak peluang dibuka untuk pelajar Orang Asli melanjutakn pengajian ke peringkat universiti.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat