Najib Saran Saringan Covid-19 Dipertingkatkan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam hantaran di akaun Facebooknya hari ini menyarankan agar kapasiti ujian Covid-19 di negara dipertingkatkan dan diberi keutamaan yang tinggi.

Gesaan ini juga selaras dengan saranan WHO.

“Untuk membendung Covid dengan sebaik-sebaiknya, setiap negara perlu meningkatkan jumlah saringan yang dibuat ke atas warga mereka.

“Saya faham KKM sedang kuat berusaha untuk menaikkan kapasiti membuat ujian Covid di Malaysia tetapi ini adalah prioriti paling tinggi dan kita tidak boleh jatuh jauh ke belakang negara-negara lain,” kata Najib, dipetik dari status di Facebook beliau.

Selain meningkatkan kapasiti ujian, Najib juga menyarankan perkara berikut:-

1. Kapasiti kita untuk membuat ujian Covid yang tepat dan pantas mesti dinaikkan dan dijadikan antara prioriti utama negara pada masa ini.

2. Setiap kontak rapat dengan kes positif mesti dikuarantin secara mandatori – termasuk mereka yang didapati negatif dalam ujian pertama.

Ada kontak dengan kes positif? Kuarantin 14 hari seorang diri secara mandatori. Tak kira ujian kamu positif, negatif atau tidak menunjukkan gejala.

Kita jangan ulangi kesilapan sebuah hospital swasta di Sarawak di mana seorang yang didapati negatif dalam ujian pertama dibenarkan pulang ke rumah sehingga 5 lagi ahli keluarga mangsa dijangkit dan maut.

3. Pemantauan dan hukuman ke atas mereka yang langgar kuarantin patut diperketatkan dan diberatkan.

Melanggar arahan kuarantin mandatori adalah perkara amat serius.

Sebaliknya, mereka yang menjalankan kuarantin diri dengan baik adalah wira kita kerana mereka telah berkorban demi kepentingan negara.

Jangan hina atau pandang rendah mereka.

4. Saringan percuma atau pada kos yang sangat rendah perlu ditawarkan dan dipermudahkan kepada setiap rakyat yang rasa mereka telah terdedah kepada risiko dijangkit.

Menurut Najib lagi, “kos membuat saringan ini adalah satu pelaburan yang amat berbaloi dan memberi pulangan yang tinggi kepada negara”.

“Saiz ekonomi kita sebanyak RM 1.5 Trilion atau sekitar RM 4 billion setiap hari.

“Jadi, kiralah sendiri apakah pulangan kepada negara jika kita berjaya memendekkan tempoh ancaman Covid,” ujarnya. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat