PKP: Orang Ramai Puji Pihak Masjid Turut Bantu Penduduk Bukan Islam

- Advertisement -

PETALING JAYA – Sebuah masjid di Petaling Jaya mengagihkan makanan kepada penduduk sekitar, termasuk orang bukan Islam, mendapat pujian orang ramai walaupun rakyat Malaysia berdepan pelbagai naratif berbaur perkauman di media sosial berkaitan pandemik Covid-19.

Selama beberapa hari dalam seminggu, Masjid Al-Islamiah di Kampung Lindungan, yang merupakan kawasan petempatan golongan berpendapatan rendah di Petaling Jaya, yang terletak tidak jauh dari pusat beli-belah Sunway Pyramid, menyumbangkan barangan seperti beras, telur, biskut, minyak masak dan ayam untuk penduduk sekitar.

Barangan itu adalah sumbangan daripada orang ramai, termasuk NGO.

Satu gambar yang tular di Facebook menunjukkan sekumpulan wanita bukan Islam beratur dalam pekarangan masjid, justeru menyebabkan pengurusan masjid itu mendapat pujian daripada ramai pengguna media sosial.

“Anda contoh kepada semua, terutama orang Islam,” kata seorang pengguna.

Jurucakap masjid Muhammad Hafis Asib berkata, inisiatif itu bertujuan membantu mereka daripada kategori B40 yang terdiri daripada majoriti penduduk di kawasan itu, yang kebanyakannya hilang pendapatan berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Hafis berkata, kira-kira 40% penduduk di kawasan itu merupakan orang bukan Islam.

“Kami mengalu-alukan kehadiran mereka. Kami tidak mahu menghampakan mereka. Dalam Islam, sesiapa yang memerlukan bantuan harus dibantu,” katanya kepada FMT.

“Kami bersyukur kami dapat lakukan sesuatu dalam masa seperti sekarang.”

Hafis juga merayu lebih banyak dana diberikan untuk membeli barangan keperluan dengan berkata, masjid itu mempunyai dana yang terhad.

Mereka yang ingin menderma boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam masjid: 1204 7010 0164 05.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat