Covid19: Jangan Salahkan China, Rakyat Perlu Berkorban Ubah Cara Hidup – Dr Mahathir

Drama Pemilihan Ketua Menteri Sabah Belum Tamat

KOTA KINABALU - Konflik pemilihan Ketua Menteri Besar Sabah masih belum terjawab meskipun pimpinan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) telah mengadap Yang Dipertua Negeri Tun,...

Mahathir Kecewa Warisan Kalah, Tetap Namakan Shafie Apdal Calon PM

CYBERJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa kecewa dengan kekalahan Warisan dan sekutunya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam. Dr...

Zahid Hamidi Rasa UMNO Dikhianati – Sumber

Kuala Lumpur — Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah memberi amaran kepada wakil-wakil BN dalam perundingan iaitu Datuk Seri Bung Moktar Radin,...

Bung Mengadap TYT Petang Ini

Kota Kinabalu - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Bung Moktar akan mengadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin petang. Perkara itu dimaklumkan oleh...

Ketua Menteri Sabah Daripada BN?

KOTA KINABALU- Pengerusi Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor meninggalkan meja rundingan sebelum selesai perbincangan siapa Ketua Menteri Sabah. Hajiji berkata, perbincangan telah selesai dan...

PETALING JAYA – Dr Mahathir Mohamad meminta rakyat mengubah cara hidup dan membuat pengorbanan dengan tidak lagi mengharapkan imbuhan pada nilai sama kerana penularan Covid-19 akan membawa impak kepada ekonomi negara.

Bekas perdana menteri itu memberi contoh pemain bola sepak yang menurutnya tidak boleh berharap dibayar gaji sama seperti sebelum Covid-19 melanda negara.

Ini kerana, katanya, mereka tidak lagi bermain bola ketika perintah kawalan pergerakan.

Mahathir berkata, pandemik itu bukan saja menjejaskan perniagaan di negara ini, tetapi turut memberi impak kepada pekerja.

Beliau tidak menolak kemungkinan segelintir pekerja akan kehilangan kerja.

“Salah satu perkara yang kita perlu terima hakikat, jika perniagaan tidak berjalan dengan baik, maka anda tidak lagi boleh mengharapkan dibayar dengan nilai yang sama lagi. Kita semua akan memperoleh pendapatan yang rendah.

“Disebabkan itu kita kena ubah cara hidup, kita tidak lagi boleh berharap untuk mengamalkan gaya hidup seperti dahulu lagi, yang sebelum ini memerlukan wang. Apabila kurangkan aktiviti yang memerlukan wang, keperluan tanggungan anda akan semakin berkurangan.

“Bahkan, anda boleh meneruskan kelangsungan hidup dengan nilai gaji lebih rendah. Ini bermakna anda bukan sahaja boleh meneruskan kehidupan, tetapi majikan juga tidak tertekan untuk perlu membayar gaji anda dengan kadar yang sama lagi.”

Beliau menasihatkan rakyat yang terjejas akibat Covid-19 supaya tidak putus harapan.

Ini kerana katanya, akan wujud peluang pekerjaan baru yang boleh dijadikan sumber pendapatan buat pekerja terjejas.

“Ada pekerjaan yang dihentikan seketika pada masa ini kerana tidak ada permintaan dan majikan tidak boleh menggaji lebih ramai pekerja kerana pada masa ini mereka tidak membuat sebarang keuntungan, contohnya syarikat penerbangan.

“Bagi mereka yang terjejas, bidang lain yang harus dilihat dan diceburi adalah bidang ‘delivery’ (penghantaran).”

Katanya, mereka yang memiliki kemahiran tertentu tidak perlu bimbang akan terjejas akibat Covid-19 kerana masih boleh berbuat demikian, tetapi di lokasi berbeza.

“Jika anda sebelum ini merupakan tukang masak di hotel, kali ini anda masih boleh lakukan perkara sama, tetapi di rumah,” ujarnya.

Mahathir turut meminta rakyat tidak menuding jari kepada China yang merupakan negara pertama terkesan dengan virus itu.

“Sekarang ini ada yang hendak salahkan China, tetapi bila kita tahu China lebih berjaya tangani masalah ini berbanding negara-negara lain, apa yang lebih baik dilakukan adalah kita belajar dari China macam mana hendak hadapi masalah ini.

“Tidak mendatangkan apa-apa keuntungan pada kita jika kita terus menyalahkan orang lain. Lebih baik kita kenal pasti apa yang menyerang kita dan berusaha mencari jalan untuk atasinya,” katanya.

3 COMMENTS

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Mahathir Kecewa Warisan Kalah, Tetap Namakan Shafie Apdal Calon PM

CYBERJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa kecewa dengan kekalahan Warisan dan sekutunya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam. Dr...

Bung Mengadap TYT Petang Ini

Kota Kinabalu - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Bung Moktar akan mengadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin petang. Perkara itu dimaklumkan oleh...

GRS Kuasai Sembilan Dari 13 Kerusi Baru DUN Sabah

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) menguasai sebahagian besar daripada 13 kerusi...