Tidak Tepat SOP Pulang Dari Luar Negara Bersifat Dua Darjat

- Advertisement -

PENGUMUMAN Menteri Kesihatan Dr Adham Baba mengenai tempoh kuarantin anggota kabinet yang pulang dari luar negara hanya selama 3 hari bukannya 10 hari seperti orang lain harus dilihat secara rasional dan logik.

Dokumen perintah berjudul “Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021” itu dikeluarkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba mengikut kuasa (Akta 342) seksyen 29 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Berdasarkan perintah berkenaan, menteri berkaitan tidak perlu menjalani prosedur operasi standard (SOP) tempoh kuarantin 10 hari yang ditetapkan kerajaan untuk mereka yang masuk dari luar negara.

Antara sebab tempoh kuarantin anggota kabinet dikurangkan kepada 3 hari sahaja berbanding 10 hari ialah kerana mereka berada dalam persekitaran selamat dan risiko jangkitan yang terlalu rendah. Kerajaan telah merangka SOP yang ketat untuk lawatan Perdana Menteri dan Menteri ke luar negara.

Antara lain mereka perlu menjalani ujian swab sebelum pergi, sebelum pulang dan setelah sampai di tanah air dan dikuarantin selama tiga hari sekiranya keputusan ujian semasa pulang negatif.

Kerajaan turut mempunyai protokol khusus semasa anggota kabinet berada di luar negara, ini termasuk mengehadkan pergerakan, perjumpaan dan mesyuarat. Misi anggota kabinet terhad di hotel yang telah ditetapkan dan mempunyai segala kawalan SOP untuk pandemik Covid-19.

Delegasi mesyuarat negara asing juga perlu menjalani ujian swab Covid-19 dan mendapat keputusan negatif terlebih dahulu sebelum mengadakan sebarang perbincangan dan mesyuarat.

Lawatan luar negara ketika ini juga tidak dibenarkan mengadakan perjumpaan dengan orang ramai atau pergerakan ke merata tempat seperti kelaziman lawatan luar negara.

Dr Adham menegaskan anggota kabinet yang gagal mengikuti jadual perjalanan yang ditetapkan – di mana perwakilan hanya bertemu rakan sejawat mereka di luar negara tanpa mengambil bahagian dalam aktiviti luar lain antara mesyuarat rasmi – akan dikenakan kaurantin 10 hari seperti orang lain yang pulang dari luar negara.

Bercakap kepada portal CodeBlue Adham dilaporkan berkata “Setiap menteri Kabinet mesti meminta persetujuan dari Perdana Menteri dan Kabinet sebelum melakukan perjalanan ke luar negeri. Hanya perjalanan pendek dan terhad (travel bubble) akan diizinkan untuk tujuan ini.”

“Saya akan menilai dan jika mereka gagal mengikuti jadwal lawatan kerja, kami akan pergi selama 10 hari. Itu jelas.”

Keadaan ini berbeza dengan rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara. Kerajaan tiada pemantauan mengenai perjalanan dan ‘contact’ mereka semasa di luar negara. Atas sebab itu kuarantin rakyat biasa lebih panjang kerana mereka mempunyai risiko yang lebih tinggi.

Realitinya tiada keistimewaan yang boleh menjejaskan usaha mengawal penularan Covid-19 diberikan kepada anggota kabinet. Misalnya anggota kabinet yang mempunyai ‘contact’ rapat dengan mereka yang positif Covid-19 semasa dalam negara turut mengikut prosedur yang sama seperti rakyat biasa yang lain.

Lawatan ke luar negara ini penting kerana kerajaan mahu memulihkan ekonomi. Misi perdagangan dan diplomatik ke luar negara perlu bagi menggerakan agenda pemulihan ini. Jika setiap kali ke luar negara Perdana Menteri dan Menteri perlu dikuarantin 10 hari, bayangkan berapa banyak agenda negara yang tertunda kerana faktor ini.

Pun begitu ia bukan bermakna kerajaan bersikap sambil lewa kerana kepentingan ekonomi. Apa yang dibuat ialah kerajaan merangka SOP yang ketat bagi membolehkan aktiviti diplomatik dan perdagangan antarabangsa diteruskan.

Justeru tidak timbul kerajaan memberi keistimewaan kepada anggota kabinet atau mempunyai peraturan dua darjat. Peraturan ini dibuat mengambil kira risiko kesihatan.

Kita mahu kerajaan memulihkan ekonomi negara ini, maka ruang dan peluang perlu diberi untuk mereka mengusahakannya.

Dalam menangani pandemik Covid-19 ini penentuan SOP bukan mengambil kira masalah darjat atau mesti sama rata. Ia harus mengambil kira faktor keselamatan, keperluan ekonomi dan faktor risiko kesihatan.

Dan tiada jalan mudah kita mencari kesimbangan antara mengawal penularan dan memulihkan ekonomi negara. Kita perlu terus mencuba.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat