Kuarantin Pun Ada Dua Darjat?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Nampaknya ramai tidak berpuas hati dengan pewartaan ‘pilih bulu’ yang dibuat kerajaan Perikatan Nasional (PN) berkenaan kuarantin antara menteri dan rakyat.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi dalam kenyataan di Facebooknya mengkritik gazet baru yang menegaskan menteri yang kembali dari tugas rasmi di luar negara akan dikecualikan daripada Seksyen 15 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan hanya akan dipantau selama tiga hari, menurut Warta Kerajaan Persekutuan sebagai arahan dua darjat.

“Tiba tiba sahaja Menteri Kesihatan keluar surat. Semua Menteri balik bertugas dari luar negara tidak perlu kuarantin 10 hari. Mereka terkecuali dari Seksyen 15 Akta 342.

“Benarkah berlaku kekecohan di Lapangan Terbang Subang. Pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah menunggu untuk urusan kuarantin bila rombongan Perdana Menteri sampai dari Jakarta. Katanya mereka tidak mahu kuarantin 10 hari? Rakyat perlu penjelasan.

“Itu sebab Menteri Kesihatan keluar surat arahan baru melalui Warta Persekutuan. Kuarantin cuma tiga hari. Arahan Ketua Pengarah Kesihatan di bawah Akta 342 kena “over rule”? Soalnya.

Puad membidas, sekiranya tidak mahu dikuarantin, apa perlunya keluar negara.

“Kalau setakat mahu bincang laluan hijau, elok guna sidang maya sahaja.

“PKP sudah jadi antara dua darjat? Katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat