Covid-19 Tak Takut Pangkat- Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas gazet baru yang hanya mengarahkan menteri kuarantin tiga hari kerana katanya virus Covid-19 menjangkiti tanpa mengira pangkat.

“Antara ketidakpuasan terbesar ramai ialah dwistandard dalam perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tapi ini pula dibuat pada ketika rakyat tengah marah.

“Tak patut. Aduh. Menteri kuarantin tiga hari, rakyat kuarantin 10 hari.

“Covid-19 tak takut pangkat,” tempelak Najib.

Beliau menambah, kuarantin selama tiga hari sahaja lagi bahaya sebab purata tempoh inkubasi Covid-19 ialah lima hingga enam hari.

“Ada bahayanya jika mereka yang telah dijangkit akan salah dilepaskan terlalu awal lalu menjangkiti ramai lagi orang setelah tersalah sangka mereka bebas Covid.

“Ini terbukti semasa kuarantin kendiri tiga hari pada mulanya dikenakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mereka yang pulang dari PRN Sabah. Ada beberapa ADUN yang selepas potong gelang pink baru disahkan positif,” jelasnya.

Kata Najib, lagi bahaya jika jangkitan yang tersalah lepas ialah dari luar negara sebab ada kebarangkalian ianya mutasi Covid-19 baru yang lebih ganas seperti mutasi United Kingdom dan mutasi Afrika Selatan.

“Pada ketika kes aktif sudah cecah 51,000 dan kapasiti KKM sudah jauh dilepasi, sistem kesihatan kita tidak mungkin dapat bertahan jika mutasi United Kingdom yang menular dengan kadar 70 peratus lebih laju merebak ke negara kita,” ujar Ahli Parlimen Pekan itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat