Meskipun didapati bersalah, tak mustahil Najib jadi Perdana Menteri lagi – Dr Mahathir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tidak musatahil sekiranya Datuk Seri Najib Razak diangkat semula sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU15) akan datang,” ramal Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hal ini katanya, sekarang Mahkamah Rayuan sudah sahkan keputusan Najib bersalah yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi .

“Oleh kerana ianya tidak bercanggah dengan undang-undang, banduan Najib tidak akan menjalani hukuman kerana Najib membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

“Ini hak hakim. Belum pernah ada kes sebesar jenayah yang dilakukan oleh Najib. Ia adalah satu rekod dunia, mengikut Department of Justice (DOJ), Amerika Syarikat. Orang yang didapati bersalah kecil pun tidak pernah mendapat stay of execution seperti ini. Najib mungkin terpaksa tunggu sampai setahun atau lebih sebelum kesnya sampai ke Mahkamah Persekutuan.

“Pada masa itu ia bebas seperti orang yang tidak bersalah. Kalau semasa menanti ia dibenar terus jadi ahli Dewan Rakyat, apakah ia juga dapat bertanding dalam PRU15,” kata bekas Perdana Menteri dalam catatan di blognya pada Rabu.

Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi malah menambah, jika ia menang dan sekali lagi jadi ahli Dewan Rakyat, apakah ia boleh jadi Perdana Menteri juga.

“Undang-undang tidak berkata ia tidak boleh. Jika undang-undang tidak berkata tidak boleh, maka mengikut undang-undang tentulah ia boleh.

“Alhamdulillah. Malaysia mungkin buat rekod sekali lagi kerana banduan di anugerah jawatan Perdana Menteri.

“Segala-gala the Rule of Law dihormati,” kata beliau sinis.

Hari ini Mahkamah Rayuan Putrajaya mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib yang disabit atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa pendakwaan berjaya membuktikan tiga pertuduhan pengubahan wang haram terhadap Najib.

Sekali gus, dakwaan derma dari Arab tak berasas

Hakim memutuskan bahawa panel hakim bersetuju dengan hakim perbicaraan bahawa dakwaan pihak pembelaan Najib berhubung derma Arab adalah tidak berasas.

Tiada bukti bahawa wang itu adalah daripada keluarga diraja Arab dan sebaliknya banyak bukti menunjukkan dana itu daripada SRC.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat