Keupayaan kamera tiga lensa

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pengguna hari ini lebih gemar untuk memilih peranti yang bukan saja menawarkan spesifikasi terkini, malah mampu untuk bertahan dalam kepenggunaan seharian.

Selain itu, faktor pendorong orang ramai untuk melakukan pembelian sesebuah peranti pintar adalah prestasi kamera mengagumkan terutama pada persekitaran kurang pencahayaan.

Untuk semua itu, penulis ingin mencadangkan kepada pengguna supaya melihat peranti baharu keluaran Oppo iaitu daripada siri A95 yang menawarkan hampir semua ciri berkenaan.

Oppo A95 berkenaan didatangkan dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 662 dengan binaan 11nm bersama teras Octa.

Peranti itu dipadankan bersama memori (RAM) 8GB selain jumlah storan 128GB bersama-sama kapasiti bateri besar iaitu 5,000mAh.

Bagi tetapan kamera pula, Oppo A95 menggunakan tiga lensa berkeupayaan 48 megapiksel (MP) untuk lensa utama bersama-sama sokongan 8MP sudut ultra lebar dan 2MP bagi lensa makro.

Selain itu, peranti ini turut didatangkan dengan kefungsian kamera kecerdasan buatan (AI) untuk penghasilan gambar lebih baik.

 

KAPASITI bateri 5000mAh menjadi taruhan Oppo untuk pengguna yang mengutamakan peranti mampu bertahan sepanjang hari.
KAPASITI bateri 5000mAh menjadi taruhan Oppo untuk pengguna yang mengutamakan peranti mampu bertahan sepanjang hari.

 

Lebih mengagumkan untuk peranti ini adalah rekaan fizikal yang berciri premium termasuk panel belakang yang lebih elegan.

Skrin paparan untuk Oppo A95 ini juga menggunakan panel AMOLED, sekali gus menghasilkan tona warna lebih baik serta ‘hidup’ untuk pengguna.

Penulis menyifatkan peranti ini adalah kelas tinggi untuk kategori permulaan memandangkan beberapa padanan spesifikasi yang terkini termasuk saiz RAM yang besar untuk kelicinan pelancaran aplikasi.

Sesuai dengan kelas permulaan, peranti ini boleh melancarkan sebarang aplikasi, namun prestasinya mungkin tidak sebaik kelas pertengahan atau perdana.

Secara keseluruhannya, Oppo A95 masih menawarkan pengalaman kepenggunaan yang sangat baik terutama untuk prestasi kamera.

Tidak banyak peranti pintar kelas permulaan yang memberikan prestasi kamera mengagumkan, namun Oppo A95 menyediakan keupayaan kamera untuk setiap keadaan termasuk ketika pencahayaan kurang.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat