Kerajaan terbuka terima kritikan anak muda, asalkan berfakta – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terbuka malah tidak menyekat suara anak muda untuk bersifat kritis dan kritikal terhadap kerajaan namun mestilah bersandarkan fakta.

Hal demikian kata beliau, kerajaan hari ini mengiktiraf peranan anak muda dan ia dibuktikan apabila meluluskan Undi 18 dan bakal mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Apabila pemimpin pelajar bertemu dengan saya, salah satu soalan yang ditanya bolehkah kami bersifat kritis dan kritikal terhadap kerajaan, saya jawab boleh dan tidak salah.

“Cuma yang penting, setiap perkara yang dikatakan mestilah mempunyai fakta. Kerajaan hari ini mengiktiraf peranan anak muda dan ini di buktikan apabila meluluskan Undi 18.

“Kita benarkan golongan ini untuk menetukan dan memilih siapa yang bakal menjadi pemimpin negara. Ramai yang tidak yakin dan skeptical terhadap keputusan kerajaan dalam hal itu kerana dianggap mereka masih terlalu mentah untuk menentukan pemimpin negara,” katanya program Keluarga Malaysia@IPT yang bertempat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) , Kampus Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim pada Rabu.

Pun begitu, Perdana Menteri berkata, tetapi kerajaan yakin dengan kemampuan anak muda dan mahu mereka menentukan siapa yang berhak jadi pemimpin.

Sehubungan itu kata Ismail Sabri, bermula 1 Jan 2022 semua anak muda yang berumur 18 tahun ke atas, secara automatik akan jadi
pengundi.

“Apabila PRU diadakan kerajaan akan pastikan mereka boleh mengundi,” ujar beliau.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kerana melancarkan Keluarga
Malaysia @IPT.

“Saya ingin menyeru warga IPT sekalian, khususnya anak – anak muda kita untuk sama -sama menghayati tiga teras dan nilai utama Keluarga Malaysia , iaitu Keterangkuman, Kebersamaan dan juga Kesyukuran

“Bagi menerajui penyelidikan dan mempromosikan konsep keluarga Malaysia , suka saya umumkan penubuhan Pusat Penyelidikan dan Pendidikan
Keluarga Malaysia.

“Sesuai dengan jolokan sebagai institusi ulung yang membawa perubahan dalam pengembangan pendidikan , saya mahu pusat ini ditempatkan di sini , iaitu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

“Menjadi harapan saya agar pusat ini nanti berupaya menginstitusikan ‘Keluarga Malaysia’ dengan menjadi hab penyelidikan, pendidikan , latihan dan penyebaran ilmu, dalam kalangan warga Malaysia,” katanya.

Perdana Menteri juga memberitahu, Pelancaran Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia pada 28 Oktober 2021 yang lalu adalah sangat bertepatan
dengan nilai kebersamaan yang menjadi antara tunjang Keluarga Malaysia ini.

“Sebagai permulaan, yayasan ini disalurkan dana permulaan sebanyak RM5 juta bagi membantu mempermudah serta meringankan beban kewangan para pelajar dan keluarga khususnya dalam mendepani fasa pandemik.

“Penubuhan yayasan ini seiring dengan prinsip kerajaan untuk sentiasa memastikan tiada seorang pun yang tercicir atau terpinggir. Yayasan akan mewujudkan kolaborasi strategik dengan semua saluran bantuan untuk mahasiswa agar proses ini dapat diselaraskan dengan lebih baik.

“Selain itu , khusus untuk mahasiswa , kerajaan juga turut memberikan pengurangan 20 peratus yuran pelajar warga Malaysia bagi semester 1 2021 / 2022, selain inisiatif Peranti Siswa Keluarga Malaysia untuk 600 ribu mahasiswa
dari keluarga B40.

“Kerajaan juga memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN antara 10 hingga 15 peratus , serta galakan kepada pihak swasta untuk melaksanakan inisiatif pembayaran elaun sebanyak RM 900 kepada pelajar yang menjalani program latihan industri,” umum Perdana Menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat