Kerajaan Gagal Lucut Hak Barang Mewah Milik Najib, Keluarga

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Barangan mewah yang disita daripada Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor dan anak-anak didapati masih mereka apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak usaha kerajaan untuk melucut hak item-item yang dirampas polis selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2018.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan berkata, Jabatan Peguam Negara (AGC) gagal membuktikan barangan tersebut dibeli dengan menggunakan dana 1MDB.

“Adalah tidak mencukupi bagi pegawai penyiasat untuk hanya menyatakan pergerakan wang masuk dan keluar daripada akaun bekas Perdana Menteri dalam afidavitnya.

“Tidak diragui terdapat amaun besar yang masuk dan keluar dari akaunnya (Najib) tetapi mahkamah tidak dapat mencari kesalahan berdasarkan syak wasangka,” katanya.

Kerajaan sebelum ini mahu melucut hak ratusan barangan berharga yang disita daripada Najib, Rosmah dan 16 individu serta syarikat.

Bagaimanapun, Zaini berkata kegagalan pemohon untuk menunjukkan perkaitan hanya dalam saman lucut hak ini saja, kerana persoalan sama ada kesalahan dilakukan atau tidak masih dalam perbicaraan jenayah yang berasingan.

Ini bermakna mahkamah hari ini menggugurkan kes lucut hak berkaitan 1MDB terhadap Najib, isterinya Rosmah Mansor, anak tirinya Riza Shahriz Abdul Aziz, anaknya Nor Ashman Razak dan Nooryana Najwa.

Pada 8 Mei 2019, Pejabat Peguam Negara memfailkan saman lucut hak terhadap Najib dan 17 individu dan syarikat.

Ia berkaitan rampasan ratusan barangan, termasuk beg tangan mewah dan 27 kenderaan, daripada semua responden terbabit.

Selain keluaga Najib, responden lain adalah Mohd Kyizzad Mesran, Senijauhar Sdn Bhd, Aiman Ruslan, Yayasan Rakyat 1Malaysia, Yayasan Semesta, Yayasan Mustika Kasih, Rembulan Kembara Sdn Bhd, Goh Gaik Ewe (ibu kepada Jho Low), bekas pegawai Goldman Sachs Roger Ng, peguam Lim Hwee Bin, Kee Kok Thiam, Tan Vern Tact dan Geh Choh Hun.

Kee, Tan dan Geh didakwa sebagai sekutu kepada Jho Low, iaitu individu utama dalam skandal 1MDB.

Antara barangan yang dirampas pada 17 Mei dan 11 Jun 2018 adalah 52 beg tangan berjenama, 10 jam tangan dan wang tunai pelbagai mata wang.

Turut dirampas adalah empat jam tengan berjenama, 171 beg tangan mewah dan 27 pasang kasut. Sebanyak 40 beg tangan mewah lagi dirampas pada 11 Jun 2018.

Pada 2 Ogos 2018, 27 buah kereta Nissan Urvan turut dirampas.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat