MySejahtera Sedang Ditambah Baik, Kemas Kini Janji Temu Dos Penggalak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Aplikasi MySejahtera sedang diperkasa dan ditambah baik sistemnya bagi mengelak pelbagai masalah termasuk isu berkaitan janji temu dos penggalak,” ujar Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan itu, pasukan pengendali MySejahtera sedang mengemaskini aplikasi berkenaan supaya memudahkan pengguna dari semasa ke semasa.

Dr Noor Azmi berkata, ini kerana kementerian sedia maklum berlaku beberapa kekeliruan berhubung janji temu dan berusaha secepat mungkin menyelesaikan isu berkenaan.

Beliau memberi jaminan kementerian akan membantu rakyat mendapatkan janji temu baharu dengan maklumat yang lebih jelas.

“Apa yang berlaku, ada klinik yang sudah ditutup atau tidak dibuka tetapi mereka tidak memaklumkan kepada MySejahtera.

“Justeru kita minta klinik ini memaklumkan (status) kepada pihak berkenaan supaya tidak timbul kekeliruan,” katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau menjawab soalan tambahan Cha Kee Chin (PH-RASAH) mengenai ada beberapa warga emas menerima janji temu mendapatkan dos penggalak tetapi klinik yang dijadualkan untuk menyediakan vaksin itu ditutup.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat