Najib, Shafee Gagal Singkir Gopal Sri Ram Sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram sesuai dan berkelayakan dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Kanan mengendalikan perbicaraan kes jenayah yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menolak rayuan semakan kehakiman Najib dan peguamnya, Shafee untuk membatalkan kelayakan Gopal Sri Ram, sebagai Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Kanan bagi mengendalikan perbicaraan kes jenayah dihadapi mereka.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Yaacob Md Sam, sebulat suara menolak rayuan itu selepas memutuskan bahawa Sri Ram adalah individu yang sesuai serta berkelayakan untuk dilantik sebagai TPR Kanan.

Mahkamah itu juga memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf ketika menolak permohonan semakan kehakiman mereka bagi mencabar kesahan pelantikan Sri Ram.

Turut bersidang, Hakim Datuk Lee Heng Cheong dan Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali.

Dalam penghakiman yang dibacakan, Yaakob berkata, mahkamah tiada keraguan bahawa Sri Ram adalah seorang yang layak dan sesuai untuk dilantik sebagai TPR Kanan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat