Takzim perawi hadis terhadap Nabi Muhammad

Peja Nasihatkan Ahli Bersatu Jangan Berdendam

CYBERJAYA: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menasihatkan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) agar tidak membalas dendam berikutan kemelut politik...

Isu keabsahan sesebuah kerajaan kini jadi tumpuan rakyat – Salahuddin

CYBERJAYA: Isu keabsahan sesebuah kerajaan mula menjadi perhatian dan penting untuk rakyat, kata Timbalan Presiden Parti Amanah (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub. Salahuddin berpendapat rakyat...

PH Johor tunggu dan lihat perkembangan sidang Dun

CYBERJAYA: Pakatan Harapan (PH) Johor mengambil pendirian tunggu dan lihat berhubung situasi yang akan berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Ahad, kata Majlis...

Bung Moktar jamin kemelut di Perak tidak akan merebak ke Sabah

CYBERJAYA: Apa yang berlaku di Perak tidak akan terjadi di Sabah, kata Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin. Beliau berkata, UMNO Sabah...

KKMM lipat ganda komunikasi sukarelawan, optimum peranan sukarelawan

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan melipatgandakan kerja 'komunikasi sukarelawan' dengan merapatkan hubungan dan kerjasama pelbagai bentuk atau kumpulan sukarelawan serta hubungan...
Dr Mohd Khafidz Soroni

KEKURANGAN kita mengenali Nabi SAW secara mendalam adakalanya menyebabkan kita memandang hambar terhadap sesuatu yang berkaitan dengan diri baginda.

Tidak seperti ulama terdahulu yang menunjukkan rasa cinta dan takzim yang cukup luar biasa terhadap baginda SAW, apatah lagi dalam mengikuti sunahnya.

Ini bertepatan dengan tuntutan hadis Nabi SAW sabdanya: “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah aku ini lebih dicintai olehnya lebih daripada bapanya, anaknya dan seluruh manusia lain.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 

Al-Qadhi ‘Iyadh dalam kitabnya , al-Syifa bi Ta’rif Huquq al-Mustafa  menukilkan kata Imam Malik mengenai  Ayyub as-Sakhtiyani, seorang perawi hadis yang masyhur:  “Apabila disebutkan nama Nabi SAW, beliau akan menangis sehingga aku berasa kasihan terhadapnya.”

Kata Mus’ab bin ‘Abdullah:  “Imam Malik  sendiri apabila disebutkan nama Nabi SAW akan berubah warna wajahnya dan menundukkan kepala sehingga menyukarkan hal tersebut kepada orang yang duduk bersamanya.  Pada suatu hari, beliau ditanya mengenai hal itu, lalu jawabnya: “Sekiranya kamu semua melihat apa yang pernah aku lalui, nescaya kamu tidak akan hairan terhadapku seperti apa yang kamu lihat. Aku pernah melihat  Muhammad bin al-Munkadir yang merupakan penghulu qurra’ namun hampir tidak pernah kami bertanya kepadanya mengenai sesuatu hadis pun melainkan beliau akan menangis sehingga kami berasa kasihan terhadapnya.

“Aku pernah melihat  Ja’far bin Muhammad al-Sadiq, seorang yang banyak  bergurau dan tersenyum namun apabila disebutkan di sisinya nama Nabi SAW, rupa beliau akan berubah menjadi pucat. Tidak pernah aku melihat beliau meriwayatkan hadis dari Rasulullah SAW melainkan dalam keadaan suci. ‘Abdul Rahman bin al-Qasim  pernah menyebut nama Nabi SAW, lalu kami melihat warna rupa wajahnya seolah-olah telah keluar darah daripadanya, lidahnya menjadi kering dan kelu di dalam mulutnya kerana merasakan kehebatan Rasulullah SAW.

“Aku juga pernah datang kepada  ‘Amir bin ‘Abdullah bin al-Zubair, apabila disebut di sisinya Rasulullah SAW beliau akan menangis sehingga tidak tinggal lagi air mata di matanya. Aku juga pernah melihat al-Zuhri, seorang yang paling ramah dan mesra, namun apabila disebutkan di sisinya nama Nabi SAW, beliau seolah-olah tidak mengenali kamu dan kamu tidak mengenalinya. Aku juga pernah datang kepada  Safwan bin Sulaim, seorang daripada kalangan ahli ibadah, namun apabila beliau menyebut nama Nabi SAW, beliau akan menangis dan terus menangis sehingga semua orang akhirnya bangun dan meninggalkannya.”

Mengulas akhlak a salaf terhadap Nabi SAW ini, al-Sakhawi dalam kitabnya,  al-Qawl al-Badi’ menyebut: “Jika kamu amati benar-benar perkara ini, kamu akan mengetahui apa yang wajib ke atasmu daripada rasa khusyuk, tunduk, hormat, beradab serta tekun mengucapkan selawat dan salam apabila menyebut nama baginda atau mendengar nama baginda yang mulia.”

Kata al-Qadhi ‘Iyadh:  “Ketahuilah bahawa kehormatan Nabi SAW sesudah wafatnya serta mempermulia dan mengagungkannya adalah satu perkara yang wajib, sama sebagaimana keadaan baginda masih hidup. Terutama ketika mengingati baginda, menyebut hadis dan sunahnya, mendengar nama dan sirahnya, bermuamalah dengan ahli keluarganya serta memuliakan Ahlul Bait dan para sahabatnya.”

Kata Abu Ibrahim al-Tujibi:  “Wajib atas setiap mukmin apabila menyebut nama baginda SAW atau disebutkan nama baginda di sisinya hendaklah ia tunduk, khusyuk, hormat dan diam tidak bergerak serta merasakan kehebatan baginda dan kehormatannya, sebagaimana dirinya akan berasa begitu sekiranya dia berada di hadapan baginda serta beradab dengan adab yang telah diajarkan oleh Allah Taala kepada kita”.

Baginda SAW pernah mengkhabarkan bahawa akan datang di akhir zaman sekumpulan umatnya yang berasa amat rindu untuk bertemu dengan baginda.

Sabdanya SAW: “Antara umatku yang paling cinta kepadaku ialah sekumpulan manusia yang akan datang sesudahku, yang mana seorang daripada mereka itu sanggup jikalau dia dapat melihatku dengan menggadaikan ahli keluarga dan hartanya.” (Hadis Riwayat Muslim)  

Dalam riwayat lain, Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya akan datang sekumpulan orang dari kalangan umatku selepasku nanti, yang mana seorang daripada mereka itu sanggup jikalau dia mampu membayar dengan ahli keluarga dan hartanya untuk melihatku.” (Hadis Riwayat al-Hakim)    

Rasa cinta dan takzim terhadap baginda SAW yang mendalam akan menyebabkan kita memandang tinggi terhadap apa jua yang berkaitan dengan diri baginda walaupun ia hanya lakaran capal dan falsafahnya.

Bagi ahli tauhid yang waras, tiada unsur syirik pada rasa cinta dan takzim sedemikian.

Penulis adalah Ketua Unit Hadis di Institut Kajian Hadis & Akidah (Inhad), Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis)

Harian Metro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Amy Mastura jadi ‘Missy Jannah’

KUALA LUMPUR: Kali pertama melakonkan watak jururawat atau sering digelar 'Missy', bintang serba boleh, Amy Mastura beroleh pengalaman baharu dengan menyelami kehidupan anggota barisan...

LUMOS Auro, Projektor Serba Lengkap Dan Mampu Milik Buat Kaki Filem

Bersempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang berlangsung, pastinya ada antara anda yang merindui kepada pawagam dalam menonton filem terbaru yang ditayangkan. Sekiranya...

Yuna seperti di ‘alam khayalan’

Kuala Lumpur: Penyanyi Yuna, 34, berbangga diberi peluang untuk mengadakan persembahan secara maya di Aquaria KLCC, di sini, dan menghiburkan penonton menerusi dalam talian, semalam. Yuna...