Tujuh bulan Vicha Saywho tak jumpa anak-anak

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon dan pelawak, Vicha Saywho yang tidak berjumpa anak-anaknya sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), 18 Mac lalu terharu apabila mendapat kiriman video hari jadi yang ke-32, hari ini, daripada anak sulungnya, Aurel Angelina Khezya, 11, yang menetap di Bandung, Indonesia.

Selain Aurel, dua lagi anaknya yang menetap di sana ialah Listya Arum Tresnasih, 10, dan Michelle Averina Calysta, 8.

Vicha atau nama sebenarnya Refika Novianti Faturohman berkata, dia sentiasa mendoakan kesihatan ketiga-tiga anaknya itu.

“Ya Allah, pagi-pagi sudah buat terharu. Terima kasih anak ambu (ibu) yang sudah besar. Walaupun kita tidak dapat berjumpa, tapi ambu selalu doakan Aurel, Listya dan Michelle dari sini. Semoga anda bertiga sihat di sana. Insya-Allah, kalau semuanya kembali normal ambu pasti pulang,” katanya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik, Aurel mendoakan semoga Vicha sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

“Happy birthday ambu, semoga Allah sentiasa melindungi ambu, sihat selalu,  bahagia, diberi umur panjang dan rezeki yang melimpah.

“Terima kasih ambu sudah menjadi ambu yang paling baik. Ambu adalah pahlawan sejati bagi aku dan ambu adalah wanita paling hebat yang aku kenal. Terima kasih kerana sudah menjadi paling manusia tulus dalam memberikan cinta,” katanya.

Penularan Covid-19 di seluruh dunia sejak awal tahun ini membuatkan Vicha tidak dapat pulang ke Bandung bertemu anak-anaknya. Malah, pelakon filem Isteri Untuk Dijual dan Kolestrol vs Cinta yang bertapak di negara ini turut menyambut  Aidilfitri tahun ini di sini tanpa mereka.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat