Fizz ramal Elly menang Bintang Paling Popular

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Datuk Fizz Fairuz meramalkan artis serba boleh, Elly Mazlein yang terkenal dengan panggilan ‘Kak Lina Pom Pom’ meraih trofi berprestij, Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33.

Fizz berkata, pengaruh dan sensasi dicetuskan Elly sepanjang tahun lalu memungkinkan pelakon Kampung People itu menjadi pilihan peminat pada ABPBH 33.

“Tahun ini, saya ramal, Elly boleh menang Bintang Paling Popular.

“Selama ini, kita mungkin melihat Elly sebagai wanita ayu dan cantik. Namun, siapa sangka, dia boleh melawak. Malah, Elly pandai menjadi pengacara majlis.

“Melihat kepada rekod cemerlang itu, tidak mustahil kategori utama yang diidamkan ramai artis itu boleh beralih kepada Elly,” katanya kepada BH Online.

Pada ABPBH 33, Elly atau nama sebenar, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, bolos dalam empat kategori.

Elly bersaing dalam kategori Pengacara TV Popular, Artis Versatil Popular, Pelakon TV Wanita Popular dan Gandingan Serasi Drama Popular bersama Rashidi Ishak dalam Kampung People.

Undian bagi 13 kategori utama dan lima kategori online melalui www.abpbh.com.my ditutup pada jam 11.59 malam ini.

Fizz berkata, dia sekadar membuat ramalan kerana pada akhirnya, pemenang ditentukan melalui undian peminat.

“Kita tahu saban tahun ABPBH berpaksikan undian peminat. Artis yang memiliki kelompok peminat yang besar, ada potensi untuk menang,” katanya.

Fizz yang turut tercalon dalam dua kategori iaitu Pelakon TV Lelaki Popular dan Gandingan Serasi Drama Popular bersama Nabila Huda melalui drama Kamar Kamariah, tidak menafikan mengimpikan kemenangan.

“Impian saya, kalau boleh, hendak menang dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular untuk kali kedua. Harapan itu setinggi gunung. Siapa tidak mahu menang?

“Namun, semuanya berbalik kepada undian peminat. Bagi saya, pencalonan ini membuktikan saya masih relevan dalam dunia seni,” katanya.

Fizz mengaku perlu terus menyesuaikan diri dengan perubahan semasa terutama ramai bakat baharu yang mempunyai pengikut media sosial, menjadi pilihan penerbit.

“Hendak lawan dengan bakat baharu yang ada ramai pengikut di media sosial, saya ditinggalkan jauh. Namun, kalau ikut hati yang keras dan ego, tak pergi ke mana-mana pun.

 

Fizz memuji komitmen Nabila iaitu gandingannya dalam drama Kamar Kamariah. Foto IG Fizz Fairuz
Fizz memuji komitmen Nabila iaitu gandingannya dalam drama Kamar Kamariah. Foto IG Fizz Fairuz

 

“Jadi, artis kena ikut peredaran zaman. Datuk Rosyam Nor berpesan, kita mesti ikut situasi semasa… Tiada pilihan lain,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai gandingannya dalam drama Kamar Kamariah, Nabila, Fizz menyifatkan wanita itu berbakat besar.

“Berilah apa sahaja watak, dia boleh menjiwai. Sepatutnya, pelakon seperti Nabila, kita kena ‘angkat’. Sekarang, ada yang hanya mempertaruhkan rupa tetapi tidak berbakat,” katanya.

Fizz yang sedang melunaskan penggambaran drama Sang Pewaris terbitan Global Station, bersyukur kini mempunyai kelab peminat.

“Selepas drama Kampung People, ada hamba Allah menyarankan saya mengumpulkan peminat.

“Lalu, sejak Oktober lalu, wujudlah kelab peminat, DFFcityzen. Demi ABPBH 33, kelab peminat ini digerakkan bagi mengundi saya,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat