GISB: Pengikut jadi sesat sampai bodoh – Dr Maza

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tindakan jijik kumpulan Global Ikhwan Services & Business Berhad Holdings (GISBH) yang melakukan jenayah seks dan kezaliman terhadap kanak-kanak bukan disebabkan oleh kepercayaan sebaliknya berpunca daripada kepatuhan mutlak terhadap pemimpin.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan, aksi liwat itu mungkin atas dasar salah laku tetapi membiarkan ia berlaku tanpa bantahan atas dasar untuk menjaga kesatuan atau arahan pemimpin kerana bagi mereka ketaatan itu yang utama.

“Tindakan jijik terhadap kanak-kanak itu bukan disebabkan kepercayaan tetapi disebabkan oleh kepatuhan mutlak terhadap pemimpin.

“Kalau pemimpin tak kata salah walaupun kita rasa salah tak boleh angkat dia sebagai satu perkara yang salah.

“Aksi itu (liwat) mungkin atas dasar salah laku tapi membiarkan ia berlaku tanpa bantahan atas dasar untuk menjaga kesatuan atau arahan pemimpin
bagi mereka ketaatan itu yang utama, kalau pemimpin tak kata salah walaupun kita rasa salah tak boleh angkat dia sebagai satu perkara yang salah,” katanya dalam audio siar Keluar Sekejap yang dimuat naik pada Selasa.

Mohd Asri yang dikenali sebagai Dr Maza menjelaskan kultus GISB adalah satu pendewaan ataupun ketaksuban.

“Pendewaan ini yang menyebabkan kita mensucikan pihak tertentu sehingga kita akan tak pandang apa pun kesalahan dia sebagai salah, kita akan memandulkan akal kita daripada berfikir tentang kesilapannya dan menganggap apa saja yang terbit sentiasa betul.

“Itu boleh berlaku kepada semua, tapi kalau dikaitkan dengan agama akan menyebabkan kita anggap pendirian kita membenarkan dia dan menerima apa saja yang buat tanpa mempersalahkan dia itu adalah suruhan agama jika tak kultus berlaku dalam semua hal termasuk politik,” jelas Mufti Perlis itu lagi.

Memperincikan kesesatan GISB, Dr Maza memberitahu kepercayaan kultus ini yang meminum ‘air berkat’ daripada air janggut, air basuhan kaki dan air basuhan tisu.

“Kerana kepercayaan kultus ini bahawa guru mereka mengandungi satu keberkatan pada tubuh mereka, itu sudah jadi syirik dan khurafat.

“Khurafat itu begitu dahsyat dan ini kadang-kadang ini diwarisi daripada banyak suasana juga, ada unsur ini juga dalam masyarakat Melayu tapi kadang kala diambil begitu berlebihan.

“Tapi sampai kepada minum air ini untuk diberi kekuatan, tongkat yang diberi oleh Abuya ada satu kuasa dapat menghancurkan kuasa-kuasa besar yang lain. Ini sesat sampai bodoh,” katanya.

Sementara itu, Dr Maza juga menegaskan GISB bukanlah perniagaan Islam bahkan ia jelas menyimpang daripada sistem ekonomi Islam.

“Kultus datang dalam bentuk orang itu memperkenalkan dirinya dengan baju, kopiah, tasbihnya kita tak tengok pada contentnya, kultus memang begitu.

“GISB umpamanya kita tengok yang berniaga itu pakai kopiah, pakai tudung, ada ayat al-Quran di kedai dia jadi kita label perniagaan Islam, ekonomi Islam. Apa ekonomi Islamnya jika awak memperhambakan orang, bekerja tanpa gaji, buruh kanak-kanak, soal kebersihan (air berkat) di mana?

“Adakah ekonomi Islam ditakrifkan orang berkopiah berniaga maka dinamakan ekonomi Islam? Islam adalah satu sistem berikan keadilan kepada ekonomi, keharmonian kepada kehidupan, keadilan kepada transaksi dan dia tak mau tanya itu,” ujarnya sambil memberitahu kebanyakan orang Islam tidak dapat membezakan antara menghormati dan fanatik.

Sedangkan tegas beliau, yang tidak boleh dipertikai cuma al-Quran dan hadis.

“Pendapat interpretasi tentang agama boleh untuk kita tanya semula, bukannya pegang kepada jangan tanya ustaz.

“Dalam negara kita ada ribuan tahfiz tak berdaftar, bila ada orang tu ada tahfiz dia ambil gambar,datang Kuala Lumpur tunjuk gambar boleh kutip derma. Banyak yang begitu, yang tak terlibat jangan kecil hati saya bercakap bagi yang terlibat.

“Hal yang sama berlaku kepada GISB, walaupun itu bukan anak yatim dan dia buat kutipan yang banyak. Begitu juga kalau sekolah tahfiz tu senget 5 tahun kekal begitu kalau betulkan tak dapatlah derma tu. Ini tahfiz-tahfiz siapa guru dia?

“Saya pernah terfikir untuk cadang kepada kerajaan wajibkan kepada semua sekolah ini ‘critical thinking’ supaya bila dengar satu orang cerita awak boleh menilai.

“Lepas ini mungkin akan datang lagi tarikat lain, macam hari itu kononnya datangnya Maulana keturunan Nabi,” katanya.

Dr Maza juga memberitahu wujud golongan yang menjadikan agama sebagai candu.

“Agama diguna sebagai candu sedangkan tujuan agama adalah membangun manusia, membawa manusia kepada Tuhan dan mengagungkan Tuhan dan membenarkan Rasulnya.

“Tapi apabila agama sudah tidak bertujuan itu, lebih kepada membesarkan orang sehingga percaya benda tak munasabah.

“Orang GISB ini berkhayal kononnya Abuya dia akan muncul, kalau dia pegang tongkat rezeki dia akan datang – kepercayaan-kepercayaan yang karut seperti ini.

“Sebab itu, manusia kultus mendewakan tak fikir lagi apa yang dia ikut,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat