PKPB: Keseimbangan keperluan kesihatan, ekonomi jadi pertimbangan

DARURAT AGENDA POLITIK ATAU AGENDA RAKYAT

Oleh Ab Jalil Backer Proklamasi Darurat oleh Yang Di-Pertuan (YDP) Agong pada 13 Januari lalu sehingga 1 Ogos 2021 merupakan jalan paling baik dalam membantu...

Rumah Terputus Dua Dilanda Arus, Cuma Dapat Selamatkan Adik Dan Geran Motor Serta Tanah

RAUB: Bencana alam banjir besar yang melanda dibeberapa negeri seperti di Pahang baru-baru ini menyebabkan ramai orang di kawasan terjejas telah kerugian harta benda...

Hakim perbicaraan kes SRC Najib ditukar ke mahkamah sivil

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mendengar perbicaraan kes pecah amanah dan salah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn...

Tidak putus asa, Anwar sekali lagi dakwa ada cukup sokongan

CYBERJAYA: Ketika negara sedang sibuk melawan Covid-19, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti...

“Dorang datang lawat abang lah… lepas ni boleh lah Google Meet di rumah”

SANDAKAN - BESAR betul kesan viral cerita pasal budak 10 tahun dari Kampung Sinar Baru, Batu 12 yang terpaksa pergi bukit dalam ladang sawit...

KUALA LUMPUR – Keseimbangan dari segi keperluan kesihatan dan ekonomi menjadi pertimbangan kerajaan sebelum melonggarkan beberapa aspek Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk dilaksanakan dalam PKP fasa lima iaitu PKP Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jika dilihat keadaan ekonomi negara akibat PKP fasa pertama, kerugian kepada negara adalah besar iaitu RM2.4 bilion sehari.

“Sepuluh hari sudah RM24 bilion… sekarang dah lebih 40 hari (PKP dilaksanakan), jadi kerugiannya amat besar untuk ditanggung.

“Keduanya, ramai rakyat kata yang rugi itu adalah usahawan besar, mereka tanggunglah, tetapi kita jangan lupa jika sebuah syarikat besar ditutup kerana kerugian, yang jadi mangsa adalah rakyat, pekerja-pekerja,” katanya dalam rancangan Ruang Bicara bertajuk “Disiplin Diri Demi Negara” di Bernama TV malam ini.

Menurutnya kerajaan menjangkakan lebih daripada sejuta pekerja mungkin kehilangan pekerjaan sekiranya PKP tidak dilonggarkan serta berterusan sehingga Jun ini.

“Itu yang bekerja, (tetapi bagi) yang berniaga sendiri, sesetengah itu perniagaan mikro yang kecil-kecil ini, mereka bergantung kepada pendapatan harian mereka untuk hidup. Jadi mereka bercakap bukan soal untung rugi, tetapi soal sama ada mampu untuk meneruskan kehidupan dari segi perniagaan mereka. Jadi banyak pertimbangan yang kita (kerajaan) lakukan,” katanya.

Sementara itu, beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata fokus kerajaan kini adalah terhadap kluster yang dijangkiti COVID-19 dan juga dari segi lokaliti bagi mengawal penularan wabak berkenaan.

“Sekarang kita fokus kepada lokaliti. Katakan (contohnya jika) tiba-tiba berlaku PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) di Chow Kit, di Kampung Baru atau seluruh Kampung Baru, jadi kita ‘lock’ satu Kampung Baru, tidak perlu kita ‘lock’ sampai ke Perlis,” jelasnya.

Katanya tidak adil untuk kerajaan membuat sekatan terhadap sesebuah negeri yang kesemuanya kawasannya Zon Hijau COVID-19, hanya kerana ada kawasan-kawasan di negeri lain yang mempunyai Zon Merah.

Dalam aspek pergerakan rentas negeri, beliau berkata Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya dianggap sebagai Lembah Klang, dan sehubungan itu tiada masalah dalam soal pergerakan.

Dalam pada itu, berhubung isu pendatang asing tanpa izin, Ismail Sabri menegaskan tindakan kepada kelompok terbabit tetap sama, sama ada sebelum, semasa atau selepas PKP.

“Kita tidak boleh kata, kita lepaskan kamu (pendatang tanpa izin) sebab kamu datang waktu COVID-19. Tak boleh, sebab kalau begitu kita beri signal yang salah bukan sahaja kepada rakyat kita tetapi juga kepada yang bakal nak jadi pendatang asing tanpa izin (untuk datang ke Malaysia),” katanya. -Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Tahanan Dirogol Di Dalam Lokap, Dua Anggota Polis Miri Digantung Tugas

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai...

Berita Berkaitan

Rumah Terputus Dua Dilanda Arus, Cuma Dapat Selamatkan Adik Dan Geran Motor Serta Tanah

RAUB: Bencana alam banjir besar yang melanda dibeberapa negeri seperti di Pahang baru-baru ini menyebabkan ramai orang di kawasan terjejas telah kerugian harta benda...

Hakim perbicaraan kes SRC Najib ditukar ke mahkamah sivil

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mendengar perbicaraan kes pecah amanah dan salah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn...

Tidak putus asa, Anwar sekali lagi dakwa ada cukup sokongan

CYBERJAYA: Ketika negara sedang sibuk melawan Covid-19, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti...