Usul Shafie Apdal Sekadar Melepas Batuk Ditangga – Penganalisis Politik

- Advertisement -

Keputusan Yang Di Pertua Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof menolak usul Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk mengadakan “undi percaya” kepada Ahli Parlimen Langkawi Dr Mahathir Mohamad adalah tepat dan tidak harus dipertikaikan.

Menurut penganalisis politik Ab Jalil Backer, “Satu-satunya jawatan yang memerlukan “Vote of Confidence” Dewan Rakyat ialah Perdana Menteri. Ini kerana hanya jawatan Perdana Menteri yang bergantung sepenuhnya kepada sokongan ahli Dewan Rakyat.”

“Justeru keputusan Mohamad Ariff sangat tepat kerana Dr Mahathir bukan lagi seorang Perdana Menteri setelah meletak jawatan pada 24 Februari 2020. Tidak ada sebarang keperluan untuk Dewan Rakyat menyatakan sokongan kepada Dr Mahathir yang hanya merupakan Ahli Parlimen Langkawi.”

Ab Jalil ketika dihubungi Suara.TV turut menyatakan Shafie sepatutnya mengusulkan “Vote of Confidence” ke atas Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri masa kini.  Justeru jika Muhyiddin gagal mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka beliau perlu meletak jawatan.

Ab Jalil turut menyifatkan usul Ahli Parlimen Semporna tersebut sekadar “melepaskan batuk ditangga” bagi mengambil hati Tun Dr Mahathir.

“Saya tidak fikir Shafie sebagai Ahli Parlimen berpengalaman akan membuat kesilapan ‘budak sekolah’ seperti ini. Ia seolah-olah sengaja dibuat untuk mengaggalkan usul tersebut sebelum pertimbangan Ynag Di Pertua lagi.”

Menurut Ab Jalil ada dua kemungkinan mengapa ia diusul sedemikian rupa. Pertama mungkin kerana Shapie sendiri tidak mahu usul menjatuhkan Muhyiddin berjalan lancar kerana telah mempunyai ‘deal’ dengan Perdana Menteri.

“Kedua, PH sendiri mahu usul ini ditolak supaya boleh terus memainkan sentimen kerajaan pintu belakang yang tiada sokongan majoriti ahli dewan. Bayangkan jika usul dibuat dan Muhyiddin mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan, pasti ia menutup terus tema kempen kerajaan pintu belakang ini.” – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat