PM akan mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup pada 9 Disember 2021 bagi membincangkan langkah-langkah yang menyeluruh untuk menangani isu kenaikan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat.

Tindakan jangka sederhana dan panjang akan dibentangkan oleh kementerian-kementerian yang berkenaan di Mesyuarat NACCOL.

Antara perkara yang akan dibincangkan adalah berkaitan pergantungan kepada import, kos kepada input makanan, isu buruh asing, skim subsidi, geran dan pinjaman mudah, pengangkutan dan logistik, teknologi pertanian dan R&D.

“Dalam pada itu, Kerajaan telah menubuhkan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup pada tahun 2014 bagi menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat. Di antara fungsi Majlis ini termasuklah merangka dasar dan strategi, serta pelan tindakan untuk menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat;

“Mengenal pasti isu dan cabaran kenaikan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat dengan menyeluruh, dan menyelaras pelaksanaan dasar dan program yang dilaksanakan oleh pelbagai kementerian dan agensi bagi menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat kata Ismail Sabri ketika menjawab pertanyaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai tindakan segera dan langkah-langkah efektif bagi jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang yang diambil oleh Majlis Tindakan Kos Sara Hidup untuk menangani krisis kenaikan harga barangan keperluan asas yang menimpa rakyat pada masa ini, di Parlimen, hari ini.

Disamping itu, Perdana Menteri juga telah mengarahkan supaya semua Kementerian mengambil tindakan segera bagi menangani isu berkaitan bidang tugas masing-masing. Pada 4 Disember 2021.

Perdana Menteri juga telah membuat pengumuman dengan memberi kebenaran mengimport ayam bulat bersifat sementara (temporary measure) untuk menampung kekurangan bekalan ayam di pasaran, dan Memperuntukkan RM262 juta bagi membantu peladang dan petani yang terjejas akibat kenaikan harga baja dan racun.

Melalui Bajet 2022, Kerajaan telah memperuntukkan 31 bilion ringgit dalam bentuk subsidi, bantuan dan insentif, ini termasuklah pemberian subsidi petrol RON95 dan diesel, serta minyak masak dan tepung. Sebagai contoh, Bajet 2022 telah memperuntukkan 200 juta ringgit untuk membantu mengurangkan harga barang keperluan penduduk luar bandar, dan 400 juta ringgit untuk menstabilkan harga minyak masak.

“Kerajaan amat prihatin tentang masalah yang dihadapi oleh rakyat berikutan kenaikan harga beberapa keperluan asas, khususnya kumpulan B40 dan M40.” kata Ismail Sabri. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat